KENALILAH AKU BUKAN MENYINTAI AKU.
Kenalilah aku seorang penyair mukabuku berdendang apa sahaja mahuku dari dada, minda dan juga rasaku; kenalilah aku.
Kenalilah aku, hanya seorang insan biasa bukannya ada nama paras
rupapun aku tiada apa lagi harta berjuta hendak dibelanja; kenalilah
aku.
Kenalilah aku, seorang insan berkecerdasan otak rendah tidak setaraf penyair besar menapak menyusur lembah dan lurah tersandung tanah luka berdarah; kenalilah aku.
Kenalilah aku, seorang dungu baru belajar itulah dari kata-katamu baru
bertatih dah tersandung akar berbelikat engkar; kenalilah aku.
Kenalilah aku, seorang bodoh pada pandanganmu, bicaraku tiada berilmu
hanya mencarut dan mengarut itulah menurut dari apa katamu; kenalilah
aku.
Ahhh! Kenalilah aku dulu, aku bukan pengoles telur
berbulumu, mengipas bukannya cara aku ... mahu menjilat pekung nanarmu
kerana itu bukannya aku; kenalilah aku dahulu.
Kenalilah aku
dan kritiklah lagi aku semahumu biar menjadi makanan rujiku kerana aku
perlukan kritikan-kritikanmu bersendi dalam karya-karyaku; kenalilah
aku.
Kenalilah aku kerana telah kutegarkan niat di hatiku dalam
belajar seharusnya begitu memang senang untuk dimaki orang sepertimu
yang terlalu pandai mengikut egomu
... kenalilah aku dahulu bukan kupinta mencintai diri aku.
SAZALEE SULAIMAN ... 26/06/2013
Nilai,Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment