Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, June 28, 2013

Mageran.

Mageran.

Malam 16 Mei 1969
negara diistiharkan darurat
perlembagaan digantung
diambil alih Yang DiPertuan Agong
sebagai pemerintah
di bawah undang-undang tentera.

Majlis Gerakan Negara
Mageran dibentuk
Tunku Abdul Rahman menarik diri
ketua majlis berganti
Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Parlimen juga digantung
sepanjang tempoh darurat dihitung
Mageran mencari punca tanggung
agar tragedi tidak berulang
menampong.

Rukun Negara dibentuk
untuk meningkatkan kefahaman rakyat
tentang erti perlembagaan
negara perpaduan.

Dasar Ekonomi Baru dilancarkan
pengenalan kaum dihapuskan
satu aktiviti ekonomi berjalan
membasmi kemiskinan.

Barisan Nasional dibentuk
bersifat majmuk
sebagai sebuah kerajaan perpaduan
diperuntuk.

Tetapi kini apa dah jadi
perpaduan yang aku lihat hari ini
seakan longgar ditali
goyah menakluki kaki-berkaki.

... aku kehairanan.

SAZALEE SULAIMAN ... 28/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment