Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, June 28, 2013

DAKWAT

DAKWAT

Cerita dakwat atok pening
Dakwat basah dakwat kering

Atas kertas nukli cerita
Dakwat tiada bahan kimia

Elok dibaca tulisan tangan
Dakwat guna pewarna makanan

Dakwat kekal punca sungutan
Kerana hilang lepas basuhan

Cerita dakwat dalam bahas
Ada butiran tidak selaras

Dakwat kekal bahan kimia
Nitrat tinggi cukup bahaya

Dakwat kekal tak perlu guna
Kita bukan negara ketiga

Guna dakwat tulis rangkap
Pengenalan kita sudah lengkap

Botol dakwat perlu goncang
Boleh kekal tidak hilang

Calit dakwat atas jari
Kita tunggu sambung nanti

yahyaisa
Segamat Johor
28062013

No comments:

Post a Comment