Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, June 26, 2013

ALANGKAH

ALANGKAH
Alangkah senangnya hati
sekiranya daun-daun kering ini
bertukar menjadi serumpun kepercayaan
yang boleh memantapkan lagi keyakinan
menambahkan lagi ketulusan dan keikhlasan

Alangkah riangnya hati
sekiranya titisan embun pagi
bertukar menjadi berlian
yang cahayanya berkelipan
lalu menyinari kelamnya kehidupan

Alangkah damainya hati
sekiranya carikan-carikan kertas ini
bertukar menjadi sejilid madah bicara
yang indah tutur katanya
buat santapan jiwa lara

Alangkah gembiranya hati
sekiranya butir-putir pasir ini
bertukar menjadi segugus iman
yang boleh boleh mengukuhkan ketakwaan
menepis segala hasutan syaitan

Sesungguhnya setiap insan
mengharapkan cita dan impian
agar berjaya dalam dakapan
agar berhasil dalam genggaman
menadah doa dan harapan
takdir Ilahi yang menentukan

SMK Serian
24 Jun 2013

No comments:

Post a Comment