Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, June 24, 2013

PINANGAN YANG GELISAH, PENOLAKAN YANG BERHEMAH

PINANGAN YANG GELISAH, PENOLAKAN YANG BERHEMAH

Perit urat sendi mendaki cabaran yang payah
nyanyian mergastua sinis yang lelah
puputan kencang bayu mengundang padah
menjunjung titah meminang puteri
Dang Raya Rani tegas berperi
akurlah tetamu lalu memohon pergi

Mengadap Tuanku di balairung seri
manis senyuman baginda tiada terperi
bersemayam dihadap segala menteri
menunggu sembah yang akan diberi
berdetak jantung membara nafsu berahi

Tun Mamat berdatang sembah
segala tersurat dan tersirat dikhabarkanlah
tujuh perkara menjadi syarat peminangan
susah apa, rakyat jelata jadi kerahan
gedung perbendaharaan dikosongkan
emas dan perak segera diserah
jambatan penghubung cinta resah
anak-anak gadis menjadi gundah
air mata syahdu dititis dan diperah
banyak mana air pinang muda
Raja Ahmad diminta semangkuk darahnya?
baru setahun jagung bakal pewaris takhta
tak sampai hati beta laksana
kalau begitu batalkan sahaja

Sang puteri menolak pinangan bertatasusila
demi mengelak sebarang sengketa
suatu lagenda mencelik mata nyata
pengajaran buat peneraju wibawa
nafsu serakah usah bermaharajalela
sebagai ingatan sepanjang masa
tinggi hajat tidak kesampaian akhirnya
biar bersederhana dalam bercita
ukur baju biar berpadanan sukatannya
segalanya atas restu yang Maha Esa

Ilham: Muhamad Amin
SMK Serian,
23 Jun 2013

No comments:

Post a Comment