Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Wednesday, June 26, 2013

MALAM YANG BERAHSIA

MALAM YANG BERAHSIA

Denting cintaku bergema menyapa rindu yang terbang menjejak bulan

: rindu itu ingin menyampaikan sesuatu.

Laman malam kuteroka dengan pandangan suri dari anjakan mimpi
kuselak tiap daun pintunya untuk mencari rahsianya malam yang pemalu
dan di sudut sana berteleku sang rindu yang memandang kosong ke lantai malam
lalu dalam getar suara menyeka sebak ia bercerita tentang jejak bulan yang hilang

: malam tersenyum dalam segaris senyum misteri
dan rahsia malam masih lagi gagal untuk kutembusi.

Qalam Bertinta
Klang
25062013
2213pm

No comments:

Post a Comment