Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, June 27, 2013

BERPERI SANG RUMPUT

BERPERI SANG RUMPUT

Rumput berperi
akulah rambut bumi
menghijau sentiasa
menjalar melata

Rumput berperi
pada kumpulan biri-biri
ragutlah semahumu
demi meneruskan hidupmu

Rumput berperi
usah kautaburi
juadah dari kilang
kelak keaslianku hilang

Rumput berperi
usah kauhampiri
jika niatmu maksiat
kami enggan bersubahat

Rumput berperi
usah kaucemari
dengan racun berbisa
kelak zuriatku binasa

Rumput berperi
jagalah sekitar kami
demi kesejahteraan sejagat
sentiasa sihat dan selamat

Dataran Merdeka
Kuching
22 Jun2013

No comments:

Post a Comment