Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, June 29, 2013

~Luar-Dalam~

~Luar-Dalam~

Luar...
terpapar segar
lesu layu
lebam masam
manis bengis
lisut kerepot
cantik molek
dengan mata celik
mudah diratah kunyah
boleh ditelan bulat-bulat
semudahnya dinilai tafsir mengikut hasrat

Dalam...
tenggelam tersembunyi
tak beriras rupa paras
tak pasti lekok bengkok
sukar disukat lurus tulus
rumit dicuit gamit
sekadar mampu diduga teka
perlu ditimbang tara
mesti ditapis dengan hati dan aqal terbuka

Yang tahu pasti luar dan dalam hanya Dia Maha Pencipta.

~msa: 290613 Permatang Mahang,Kedah~

No comments:

Post a Comment