Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, June 28, 2013

Peristiwa 13 Mei. Bab 2.

Peristiwa 13 Mei. Bab 2.

Dr. Tan Chee Khoon dari Gerakan; menang besar di kawasan Batu
kebenaran polis telah diminta untuk berarak meraikan kemenangan
mejoriti 50:50 di Selangor
dan menyebabkan kesesakan jalan raya
di sekitar Kuala Lumpur

perarakan dirangka hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale
telah terpesong menuju ke Kampung Baru
yang penduduknya purata orang melayu, kubu kuat parti UMNO
berasa terancam perarakan kemenangan pihak pembangkang
kerana di sinilah letaknya rumah Menteri Besar Selangor Dato' Harun Idris

dikatakan juga kaum Cina yang menang
telah berarak
mengikat penyapu kepada kenderaan mereka
sebagai lambang kemenangan mereka
menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan

ada pula pendapat mengatakan penyapu sebagai lambang
mereka menyapu orang-orang Melayu ke laut
manakala dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang negatif; sial
apatah lagi ada yang mencaci dan meludah dari atas lori
ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

SAZALEE SULAIMAN ... 27/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment