POHON RINDU
 
 Mungkin aku tak seindah pelangi
 dikala redanya hujanmu
 kerana
 terkadang aku membuat luka hatimu
 
 Mungkin aku tak segemilang purnama
 di gelap malammu
 kerana aku hanyalah setitik lentera kecil
 
 Mungkin aku tidaklah setegar karang
 yang boleh engkau banggakan
 kerana aku adalah sosok rapuh
 yang selalu berbicara dengan airmata
 
 Tetapi aku ingin jadi pohon di hari lelahmu
 yang akan selalu setia menemanimu
 yang akan selalu menantimu
 tak peduli di musim hujan dan kemarau
 
 aku...
 akulah pohon rindumu
 selalu ada di sini
 mahu cuba meneduhkanmu
 dari segala resah
 dari segala gundah
 dari segala kehausan rasa
 
 berbicaralah denganku
 aku ingin mendengarkan
 luahan hatimu
 
 Norlidar
 31.5.2013 - 12.15am
No comments:
Post a Comment