KENANGAN YANG BERBEZA
Biarpun tanpamu
aku akan terus hidup dalam kenangan
yang pernah engkau tinggalkan
kerana kenangan itu milikku
juga milikmu
cuma antara kita
punya beza dalam mengenanginya.
Qalam Bertinta
06032013
2121pm
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Tuesday, March 26, 2013
Drama
Drama
pelbagai watak diciptakan
melengkapi sebuah drama
dengan imbuhan sepadan
sebagai ganjaran...
kamu!
ya kamu!
tak ingin turut bermain sandiwara?
seperti mana kamu katakan
ingin kulihat
engkau habiskan sandiwara
dengan menghidupkan yang mati...
CNM
pelbagai watak diciptakan
melengkapi sebuah drama
dengan imbuhan sepadan
sebagai ganjaran...
kamu!
ya kamu!
tak ingin turut bermain sandiwara?
seperti mana kamu katakan
ingin kulihat
engkau habiskan sandiwara
dengan menghidupkan yang mati...
CNM
Selumbar
Selumbar
aku melihat
ada selumbar menusuk kedamaian
jika tak segera dicabut
ia bisa membarah
jadi duri dalam daging
menanah membusuk akan perpaduan...
CNM
aku melihat
ada selumbar menusuk kedamaian
jika tak segera dicabut
ia bisa membarah
jadi duri dalam daging
menanah membusuk akan perpaduan...
CNM
PALUAN RINDU
PALUAN RINDU
06 Mac 2013
Bila kamar hati dipalu rindu
Ingin bertemu idaman kalbu
Namun jarak terpahat terpaku
Memendam rasa bernada pilu
♥ NuR QaSeH Qu iLa ADiLa ♥
06 Mac 2013
Bila kamar hati dipalu rindu
Ingin bertemu idaman kalbu
Namun jarak terpahat terpaku
Memendam rasa bernada pilu
♥ NuR QaSeH Qu iLa ADiLa ♥
~♥ Hanya sekadar waktu ♥~
~♥ Hanya sekadar waktu ♥~
Hanya sekadar waktu
dikau menemaniku
dengan mesranya tanpa jemu
berikral dengan frasa-frasa cinta
yang tidak mungkin akan berlalu
atau dihapuskan demi waktu
yang tidak akan layu
umpama bunga kekeringan di padang Sahara
Hanya sekadar waktu
tanpa meninggalkan bingkisan kata
dengan portret tersadai di dinding lapuk
wajah ceria diganti muram
langit terang menjadi kelam
hatiku bertambah lara
Hanya sekadar waktu
permainanmu mencemarkan cinta
andun tanpa menoleh lagi
teriak ke sana dan sini
tidak menghiraukan sekali
Namun....
Hanya sekadar waktu
sejengkal antara jemari
dikau akan mengetahui
masaku dan dikau ditimbangi
tidak akan aku menyesali
Nagam Nukilan Pena Ilhamku
~ 06/03/2013 - Kota Singa
Hanya sekadar waktu
dikau menemaniku
dengan mesranya tanpa jemu
berikral dengan frasa-frasa cinta
yang tidak mungkin akan berlalu
atau dihapuskan demi waktu
yang tidak akan layu
umpama bunga kekeringan di padang Sahara
Hanya sekadar waktu
tanpa meninggalkan bingkisan kata
dengan portret tersadai di dinding lapuk
wajah ceria diganti muram
langit terang menjadi kelam
hatiku bertambah lara
Hanya sekadar waktu
permainanmu mencemarkan cinta
andun tanpa menoleh lagi
teriak ke sana dan sini
tidak menghiraukan sekali
Namun....
Hanya sekadar waktu
sejengkal antara jemari
dikau akan mengetahui
masaku dan dikau ditimbangi
tidak akan aku menyesali
Nagam Nukilan Pena Ilhamku
~ 06/03/2013 - Kota Singa
IGAUAN NGERI
IGAUAN NGERI
Di sana, di sini
dan di mana-mana
igauan ngeri menghampiri,
berlabuhlah sang nafsu
merasuk rusuh sang kalbu
mengitari sebuah ketamakan
melanggari sebuah peradaban,
merosak sang akal yang diberi
mencemari indah sifat insani
sendi persaudaraan diketepi
bersama rasuk menakluki hati
hilang sebuah harga diri,
mampukah lewat hari diperbaiki
atau igauan ngeri
terus berulang kembali
dan jati diri menunggu mati.
~ Sekadar Catatan TintaMataPena ~
::AlangEynna::
Mac 3, 2013; 3;36 pm
Di sana, di sini
dan di mana-mana
igauan ngeri menghampiri,
berlabuhlah sang nafsu
merasuk rusuh sang kalbu
mengitari sebuah ketamakan
melanggari sebuah peradaban,
merosak sang akal yang diberi
mencemari indah sifat insani
sendi persaudaraan diketepi
bersama rasuk menakluki hati
hilang sebuah harga diri,
mampukah lewat hari diperbaiki
atau igauan ngeri
terus berulang kembali
dan jati diri menunggu mati.
~ Sekadar Catatan TintaMataPena ~
::AlangEynna::
Mac 3, 2013; 3;36 pm
Sintesis.
Sintesis.
Atom yang melingkari
alkana
sering berkonfigurasi
menghasilkan ikatan kimia
berhidrokarbon alifatik
yang tepu
berikatan tunggal,
seperti juga cinta kita
sering tarik menarik, perlu memerlukan
sehingga tercipta pengukuhan
bersatu hasrat yang tunggal
ingin sentiasa bersama
di dalam ikatan,
... rumahtangga.
Sintesis cinta.
ss/spl/pm ... 04/03/2013.
Atom yang melingkari
alkana
sering berkonfigurasi
menghasilkan ikatan kimia
berhidrokarbon alifatik
yang tepu
berikatan tunggal,
seperti juga cinta kita
sering tarik menarik, perlu memerlukan
sehingga tercipta pengukuhan
bersatu hasrat yang tunggal
ingin sentiasa bersama
di dalam ikatan,
... rumahtangga.
Sintesis cinta.
ss/spl/pm ... 04/03/2013.
Tiroid Cinta.
Tiroid Cinta.
Berikan aku sebatian iodida
untuk kugunakan iodin di dalamnya
sebagai antiseptik
mengawal benjolan di tekakku
yang mula terbit
dari bara cinta di hatiku.
Agar tidak meruap
menjadi campuran kimia
berunsurkan amonia
tidak terhidu
bauan
dari letusannya,
letusan tiroksina
tercipta dari tiroid cinta,
... tiroid cinta engkau dan aku.
ss/spl/pm ... 04/03/2013.
Berikan aku sebatian iodida
untuk kugunakan iodin di dalamnya
sebagai antiseptik
mengawal benjolan di tekakku
yang mula terbit
dari bara cinta di hatiku.
Agar tidak meruap
menjadi campuran kimia
berunsurkan amonia
tidak terhidu
bauan
dari letusannya,
letusan tiroksina
tercipta dari tiroid cinta,
... tiroid cinta engkau dan aku.
ss/spl/pm ... 04/03/2013.
Mencakar ilham.
Mencakar ilham.
Maka,
terselaklah purdah malam
di sebalik gelita mencengkam kelam
di situ aku berkiam
diam
bisu dalam mencongak ilham.
Tatkala tubuhmu,
berpercikan peluh hamis dan masam
di atas tilam
cadarmu yang kusam.
Aku masih lagi kaku memandang alam.
ss/spl/pm ... 03/03/2013.
Maka,
terselaklah purdah malam
di sebalik gelita mencengkam kelam
di situ aku berkiam
diam
bisu dalam mencongak ilham.
Tatkala tubuhmu,
berpercikan peluh hamis dan masam
di atas tilam
cadarmu yang kusam.
Aku masih lagi kaku memandang alam.
ss/spl/pm ... 03/03/2013.
Peduli apa aku.
Peduli apa aku.
Sayang,
dengar sini baik-baik
pasanglah telinga di mata hatimu
dengarkan bicara,
bicaraku di alam yang bisu.
Kaukatakan padaku
cinta bagiku
bagai menukar baju
bersilih ganti, datang dan pergi.
Ya! Benar,
tepat sekali kata-katamu
cinta bagiku
memang bagai menukar baju.
Namun, adakah itu kesalahanku
datangnya cinta bukan dari jemputanku
bukan di atas kehendak diriku,
datangnya cinta, jatuh terlentok di ribaanku.
Terpulanglah pada dirimu
mahu katakan apa sahaja tentang diriku
yang aku tahu,
aku menukar baju, ... hanyalah di badannya aku.
Ibarat si kucing ... diriku ini,
walau tidak dijamahnya ikan di hadapan mata
tetap akan kujilat juga.
ss/spl/pm ... 03/03/2013.
Sayang,
dengar sini baik-baik
pasanglah telinga di mata hatimu
dengarkan bicara,
bicaraku di alam yang bisu.
Kaukatakan padaku
cinta bagiku
bagai menukar baju
bersilih ganti, datang dan pergi.
Ya! Benar,
tepat sekali kata-katamu
cinta bagiku
memang bagai menukar baju.
Namun, adakah itu kesalahanku
datangnya cinta bukan dari jemputanku
bukan di atas kehendak diriku,
datangnya cinta, jatuh terlentok di ribaanku.
Terpulanglah pada dirimu
mahu katakan apa sahaja tentang diriku
yang aku tahu,
aku menukar baju, ... hanyalah di badannya aku.
Ibarat si kucing ... diriku ini,
walau tidak dijamahnya ikan di hadapan mata
tetap akan kujilat juga.
ss/spl/pm ... 03/03/2013.
BUNGA ALPAMU DI BATAS SETIAKU
BUNGA ALPAMU DI BATAS SETIAKU
Kutenuni hari-hari semalam
dari benang-benang resah
untuk kuselimuti bilahan rindu
yang basah dan dingin di penyidai malam
dan senda pun masih terus membungkus parit derita.
Retak hati ini masih dicumbu kenangan
hingga musnah bening rasa di langit hati
pun kerinduan itu aku
cuba menyonsong lagu merindu syurga
untuk membawa mesra segala keretakan
yang melingkar hati
dan senja pun resah di rimba sepi.
Di saat mentari berangkat turun
biarpun mesra masih bersatu dalam gelora
namun bayang-bayang sepi itu terus membisu
sepertinya kata-kata tidak dapat lagi bertahan
dibuai keasyikan nafsu dan keangkuhan waktu
dan walau khusyuknya rindu kubisikkan
kaumasih lagi menabur bunga alpa
di batas setiaku.
Lalu rinduku pun menangis lagi!... .
Qalam Bertinta
02032013
1229pm
Kutenuni hari-hari semalam
dari benang-benang resah
untuk kuselimuti bilahan rindu
yang basah dan dingin di penyidai malam
dan senda pun masih terus membungkus parit derita.
Retak hati ini masih dicumbu kenangan
hingga musnah bening rasa di langit hati
pun kerinduan itu aku
cuba menyonsong lagu merindu syurga
untuk membawa mesra segala keretakan
yang melingkar hati
dan senja pun resah di rimba sepi.
Di saat mentari berangkat turun
biarpun mesra masih bersatu dalam gelora
namun bayang-bayang sepi itu terus membisu
sepertinya kata-kata tidak dapat lagi bertahan
dibuai keasyikan nafsu dan keangkuhan waktu
dan walau khusyuknya rindu kubisikkan
kaumasih lagi menabur bunga alpa
di batas setiaku.
Lalu rinduku pun menangis lagi!... .
Qalam Bertinta
02032013
1229pm
Jam 4 Pagi ... ,
Jam 4 Pagi ... ,
pekebun dan penoreh sedang memerah kudrat
menginjak tumit di tanah wasiat
mengerah keringat dan urat belikat
demi rezeki dipohonkan berkat
penyambung iradat sejak berdekad
tidak mahu hidup melarat
anak-anak, ... penguat semangat.
Para nelayan menyinsing pelekat
di tangannya tergenggam, jala dan pukat
berselirat urat menongkah pekat
di subuh gelap gentar tidak menggugat
bersama pelita ayam telah berkarat
laut ditongkah,
... ombak kuat dijadikan sahabat.
Wahai pekebun, penoreh dan nelayan hebat
semangatmu kuseru kuambil berkat
agar tunggulku yang masih sihat
tidak terlena dibuai maksiat.
Jam 4 pagi kukatamkan wasiat.
ss/spl/pm ... 02/03/2013.
pekebun dan penoreh sedang memerah kudrat
menginjak tumit di tanah wasiat
mengerah keringat dan urat belikat
demi rezeki dipohonkan berkat
penyambung iradat sejak berdekad
tidak mahu hidup melarat
anak-anak, ... penguat semangat.
Para nelayan menyinsing pelekat
di tangannya tergenggam, jala dan pukat
berselirat urat menongkah pekat
di subuh gelap gentar tidak menggugat
bersama pelita ayam telah berkarat
laut ditongkah,
... ombak kuat dijadikan sahabat.
Wahai pekebun, penoreh dan nelayan hebat
semangatmu kuseru kuambil berkat
agar tunggulku yang masih sihat
tidak terlena dibuai maksiat.
Jam 4 pagi kukatamkan wasiat.
ss/spl/pm ... 02/03/2013.
Bersatu di lembah nafsu.
Bersatu di lembah nafsu.
Yang aku tahu
kasih dan sayangku padamu
bukan sekadar ukiran
bercoretan palsu
semu,
kasih dan sayangku
padamu
telah terukir
kerinduan yang padu
hasratku,
impian di nawaitu
bersatu
mendakap dirimu
wangian kasturi tubuhmu
kegilaanku,
di lembah nafsu
engkau dan aku bersatu.
ss/spl/pm ... 01/03/2013.
Yang aku tahu
kasih dan sayangku padamu
bukan sekadar ukiran
bercoretan palsu
semu,
kasih dan sayangku
padamu
telah terukir
kerinduan yang padu
hasratku,
impian di nawaitu
bersatu
mendakap dirimu
wangian kasturi tubuhmu
kegilaanku,
di lembah nafsu
engkau dan aku bersatu.
ss/spl/pm ... 01/03/2013.
Tinta Hati.
Tinta Hati.
Kucoretkan tinta hati
di kelopak teratai di muara kasih
putih
berseri warnanya
sesuci luahan di kalbuku,
... berlagu.
Berlagu rindu
pilu
di kala malam kian larut beradu
simfoni kasih pilu syahdu
teratai di hatiku,
... bersatu.
Bersatu teratai di muara kasihku
sebagai saksi
luahan hasrat murni
mendakapmu
kasih,
... kuberseru.
Seruan tinta dari hatiku.
ss/spl/pm ... 28/02/2013.
Kucoretkan tinta hati
di kelopak teratai di muara kasih
putih
berseri warnanya
sesuci luahan di kalbuku,
... berlagu.
Berlagu rindu
pilu
di kala malam kian larut beradu
simfoni kasih pilu syahdu
teratai di hatiku,
... bersatu.
Bersatu teratai di muara kasihku
sebagai saksi
luahan hasrat murni
mendakapmu
kasih,
... kuberseru.
Seruan tinta dari hatiku.
ss/spl/pm ... 28/02/2013.
Duka
Duka
kutuliskan puisi
bertinta airmata duka,
andai duka ini bernyawa
telah lama kutamatkan riwayatnya
agar tidak terus mengigit
memamah damai
menyesak hela nafas...
andai memori ini bernadi
telah lama kuputuskan kapilarinya
agar tidak terus berdenyut
memarakkan keperitan
menghimpit tulang-tulang dada...
pergilah...
CNM
kutuliskan puisi
bertinta airmata duka,
andai duka ini bernyawa
telah lama kutamatkan riwayatnya
agar tidak terus mengigit
memamah damai
menyesak hela nafas...
andai memori ini bernadi
telah lama kuputuskan kapilarinya
agar tidak terus berdenyut
memarakkan keperitan
menghimpit tulang-tulang dada...
pergilah...
CNM
Pesona Rindu.
Pesona Rindu.
Engkaukah itu
berdiri di dalam kabus tepu
tangan melambai menggamitku
mengetuk pintu,
... atmaku.
Engkaukah itu
semakin menghilang dari mataku
berlari di dalam kabus kelabu
meninggalkan seribu belenggu,
... rohku.
Engkaukah itu
atau sekadar maya berilusi palsu
berkabut di hatiku
pesona,
... kerinduanku padamu.
ss/spl/pm ... 27/02/2013.
Engkaukah itu
berdiri di dalam kabus tepu
tangan melambai menggamitku
mengetuk pintu,
... atmaku.
Engkaukah itu
semakin menghilang dari mataku
berlari di dalam kabus kelabu
meninggalkan seribu belenggu,
... rohku.
Engkaukah itu
atau sekadar maya berilusi palsu
berkabut di hatiku
pesona,
... kerinduanku padamu.
ss/spl/pm ... 27/02/2013.
10pp: Lara.
10pp: Lara.
... dan malam gelap melukah
kabut bermukah, tangisan pasrah
... sembilu resah.
ss/spl/pm ... 26/02/2013.
... dan malam gelap melukah
kabut bermukah, tangisan pasrah
... sembilu resah.
ss/spl/pm ... 26/02/2013.
Kubuka Taman Di Hati.
Kubuka Taman Di Hati.
Kubuka pintu di taman hati
menjemput masuk debunga wangi
membelai kasih cinta yang murni
bersatu hati kasih abadi.
Kutanam benih di tanah ini
mengharap datangnya debunga suci
tidak tercemar sang kumbang jati
rosak jambangan mekar tak jadi.
Namun kuakur ketentuan Ilahi
walau mendatang debunga dicemari
akan kuterima sepenuh hati
asalkan bukan,
... debunga masih dimiliki.
Rosak jambangan kerana diludahi.
ss/spl/pm ... 25/02/2013.
Kubuka pintu di taman hati
menjemput masuk debunga wangi
membelai kasih cinta yang murni
bersatu hati kasih abadi.
Kutanam benih di tanah ini
mengharap datangnya debunga suci
tidak tercemar sang kumbang jati
rosak jambangan mekar tak jadi.
Namun kuakur ketentuan Ilahi
walau mendatang debunga dicemari
akan kuterima sepenuh hati
asalkan bukan,
... debunga masih dimiliki.
Rosak jambangan kerana diludahi.
ss/spl/pm ... 25/02/2013.
~Nyanyian Sang Arjuna~
~Nyanyian Sang Arjuna~
Dalam sunyi yang terlukis di kanvas maya.
Terdengar di kejauhan merdu suara sang arjuna
Menyanyikan aksara dalam kabut aksara
Mendendangkan sejuta ingin di hati kita
Suara itu menjemput aku.. kau... kita
Berjeda-jeda antara mimpi dan nyata
Meski basah gemanya dalam dingin gerimis
Namun masih nadanya menyentuh manis
Sungguh ...
Sunyi itu adalah lantun hatimu
Menerjah di ruang-ruang kosong dalam jiwaku
Dan indahnya adalah saat hembus bisikmu
Memenuhi ruang-ruang itu...
Dalam sunyi yang terlukis di kanvas maya.
Terdengar di kejauhan merdu suara sang arjuna
Menyanyikan aksara dalam kabut aksara
Mendendangkan sejuta ingin di hati kita
Suara itu menjemput aku.. kau... kita
Berjeda-jeda antara mimpi dan nyata
Meski basah gemanya dalam dingin gerimis
Namun masih nadanya menyentuh manis
Sungguh ...
Sunyi itu adalah lantun hatimu
Menerjah di ruang-ruang kosong dalam jiwaku
Dan indahnya adalah saat hembus bisikmu
Memenuhi ruang-ruang itu...
~♥ Nagamku ♥~
~♥ Nagamku ♥~
Statik-statik yang bertaraf tinggi
dengan percikkan di angkasa
mencetuskan mikroelektronik
modenisme berminda fisik
dari fakta modenesasi akal
neutralisme di setiap fakta
berkimbah metaforikal cinta
Di balik mabir selembut sutera
walau abad sebuah rubsyah
sebuah nagam tercipta
berkidung cinta
dengan narwastu di setiap penahap
Almukhalis Sang Pencipta
bantulah aku ...
Ya Rabb
~ Nukilan Pena Ilhamku - 24/02/2013 ~ Kota Singa
Statik-statik yang bertaraf tinggi
dengan percikkan di angkasa
mencetuskan mikroelektronik
modenisme berminda fisik
dari fakta modenesasi akal
neutralisme di setiap fakta
berkimbah metaforikal cinta
Di balik mabir selembut sutera
walau abad sebuah rubsyah
sebuah nagam tercipta
berkidung cinta
dengan narwastu di setiap penahap
Almukhalis Sang Pencipta
bantulah aku ...
Ya Rabb
~ Nukilan Pena Ilhamku - 24/02/2013 ~ Kota Singa
Subscribe to:
Posts (Atom)