Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, March 26, 2013

Jam 4 Pagi ... ,

Jam 4 Pagi ... ,

pekebun dan penoreh sedang memerah kudrat
menginjak tumit di tanah wasiat
mengerah keringat dan urat belikat
demi rezeki dipohonkan berkat
penyambung iradat sejak berdekad
tidak mahu hidup melarat
anak-anak, ... penguat semangat.

Para nelayan menyinsing pelekat
di tangannya tergenggam, jala dan pukat
berselirat urat menongkah pekat
di subuh gelap gentar tidak menggugat
bersama pelita ayam telah berkarat
laut ditongkah,
... ombak kuat dijadikan sahabat.

Wahai pekebun, penoreh dan nelayan hebat
semangatmu kuseru kuambil berkat
agar tunggulku yang masih sihat
tidak terlena dibuai maksiat.

Jam 4 pagi kukatamkan wasiat.

ss/spl/pm ... 02/03/2013.

No comments:

Post a Comment