Followers
Carian Dalam Blog Ini
Monday, October 29, 2012
Laut Kasih 233
Laut Kasih 233
kerana laut kasih
yang telah engkau limpahkan
aku berjanji
akan sentiasa menjagamu
selagi ada hayat ini...
CNM
selagi ada hayat ini...
CNM
Ada Sebuah Taman
Ada Sebuah Taman
Ada sebuah taman,
indahnya tidak terperi,
dihiasi bebunga dan serangga.
Tamannya penuh warna,
penuh irama merayu mesra,
tiada lagi sepi duka.
Penghuninya seorang teman,
teman nan ada taman,
dan teman sipemilik taman.
@biNtANg d hAti
Tamannya penuh warna,
penuh irama merayu mesra,
tiada lagi sepi duka.
Penghuninya seorang teman,
teman nan ada taman,
dan teman sipemilik taman.
@biNtANg d hAti
" Selagi hayat dikandung badan "
" Selagi hayat dikandung badan "
~ Keriuhan,
tidak lagi mengisi segenap ruang
tiada lagi sempadan dan prasangka
bila malam menjemput pejam
mata-mata keras menjadi lemah
lalu tewas pada lelap hingga ke mimpi
menanti pagi dijemput mentari
untuk ke tugasan yang menanti.
Waktu akan sering silih berganti
untuk kembali mencari sesuap rezeki
sehinggalah jasad dijemput Illahi.~
~ Rusie ~
mata-mata keras menjadi lemah
lalu tewas pada lelap hingga ke mimpi
menanti pagi dijemput mentari
untuk ke tugasan yang menanti.
Waktu akan sering silih berganti
untuk kembali mencari sesuap rezeki
sehinggalah jasad dijemput Illahi.~
~ Rusie ~
melati oh melati
melati oh melati
bila melatiku menyepi
aku nanar sendiri
dalam sepi yang tiada hujung
rindu bergumpal-gumpal
berceratuk di reranting
kadang ia mengharum
melalaikan
ketika juga membusuk
menekup hidung
kuntum melati yang layu
kering tanpa bau
terkulai tanpa seri
memandang pun tidak sudi
berbirat-birat di hujung dahan
berceratuk di reranting
kadang ia mengharum
melalaikan
ketika juga membusuk
menekup hidung
kuntum melati yang layu
kering tanpa bau
terkulai tanpa seri
memandang pun tidak sudi
berbirat-birat di hujung dahan
Perempuan Palsu
geli aku
melihat lengguk tak menentu
sekejap lemah lembut macam ratu
sekejap keras pejal macam batu
keliru...
perempuan palsu
badan pejal hati tisu
kembalilah ke asal kejadianmu
hidup dalam restu
tak terkeliru...
CNM
keliru...
perempuan palsu
badan pejal hati tisu
kembalilah ke asal kejadianmu
hidup dalam restu
tak terkeliru...
CNM
Lelaki Ini
Lelaki Ini
sahabat
apakah kamu
menyedari bahawa
bayangan lelaki ini
yang sentiasa ada di sini
sahabat
apakah kamu
merasakan bahawa
bukan hanya dirimu
memberi waktu bertamu di sisi lelaki ini...
sahabat
apakah kamu
mengetahui bahawa
nukilanmu dihargai
oleh seorang lelaki ini...
CNM
yang sentiasa ada di sini
sahabat
apakah kamu
merasakan bahawa
bukan hanya dirimu
memberi waktu bertamu di sisi lelaki ini...
sahabat
apakah kamu
mengetahui bahawa
nukilanmu dihargai
oleh seorang lelaki ini...
CNM
10PP
Sebatang pena kertas kosong,
hati bingung termenung,
tersentak jantung,
murung.
yhi28102012-2150
Aku Tiada Jawapannya
Aku Tiada Jawapannya
Usah ditanya
mengapa aku menyayangi
kerana aku tak tahu
apakah jawapan yang harus aku beri
dan usahlah kaubertanya
mengapa aku mengasihi
akan dirimu
yang baru aku kenali
kerana kutak tahu
bagaimana harus aku jelasi
perasaan itu
terdetik
dari kalbuku yang suci,
cuma yang mampu aku katakan,
itu semua kuasa Tuhan
yang mampu memberikan
dan menariknya
sekelip mata yang Dia mahukan.
Kun kataNya Fayakunlah jadinya.
ss/spl/pm ... 28/10/2012.
dan usahlah kaubertanya
mengapa aku mengasihi
akan dirimu
yang baru aku kenali
kerana kutak tahu
bagaimana harus aku jelasi
perasaan itu
terdetik
dari kalbuku yang suci,
cuma yang mampu aku katakan,
itu semua kuasa Tuhan
yang mampu memberikan
dan menariknya
sekelip mata yang Dia mahukan.
Kun kataNya Fayakunlah jadinya.
ss/spl/pm ... 28/10/2012.
Dalam Stadium
Dalam Stadium
aaa! air, air
kacang ada
jagung ada
burger ada
epal hijau pun ada.
aaa! air bang, air...
CNM
epal hijau pun ada.
aaa! air bang, air...
CNM
Cinta Berbilas
Cinta Berbilas
andai kaumiliki cinta berbalas
pastikan ia berbilas
suci dan ikhlas...
andai kaumenempuh cinta tak berbalas
pastikan ia dilepas
tarik diri lekas
sebelum terbabas...
CNM
andai kaumenempuh cinta tak berbalas
pastikan ia dilepas
tarik diri lekas
sebelum terbabas...
CNM
Sunday, October 28, 2012
Senja Kembali Lagi
Senja Kembali Lagi
Senja kembali sunyi menanti
sesekali terdengar unggas bersuara, menyanyi
bermelodikan sisa lagu keluhan di hati
seharian kepenatan lekanya menari
di awan biru, di langit yang tinggi
berutinkan tuntutan alam yang telah azali
mengikut gerak hati yang diwarisi
yang masih lagi kita selidiki
masih tidak kita fahami
masih tercari-cari
jawapan yang sememangnya sentiasa ada di sisi,
itulah tuntutan Ilahi.
ss/spl/pm ... 28/10/2012.
di awan biru, di langit yang tinggi
berutinkan tuntutan alam yang telah azali
mengikut gerak hati yang diwarisi
yang masih lagi kita selidiki
masih tidak kita fahami
masih tercari-cari
jawapan yang sememangnya sentiasa ada di sisi,
itulah tuntutan Ilahi.
ss/spl/pm ... 28/10/2012.
Rindu Membakar
Rindu Membakar
rindu membakar
setelah kaumenjanjikan kebahagiaan
namun kauperolokkan dengan gurauan berbisa...
rindu membakar
setelah kaumenjanjikan kesetiaan
namun kaupersendakan dengan sandiwara durjana...
kauhulurkan dahan rapuh
yang kautahu aku tak bisa berpaut
menyalakan rindu...
CNM
aku pasti
aku pasti
tiada siapa yang mampu
membaca ayat-ayat pada kelir hati
yang terpamer di kamar sukma
melainkan terpamer
dek ukiran air mata pada wajah
dek lakaran senyuman di bibir.
senyum dan tangis bahasa jiwa.
CNM
SANDARKAN SEMUANYA KE DADAKU
SANDARKAN SEMUANYA KE DADAKU
Sandarkan resahmu ke dadaku
ceritakan padaku tentang sedihmu
beritahu aku tentang luka hatimu
aku akan mendengarnya
lalu memujukmu.
Sandarkan pilumu ke dadaku
ceritakan padaku tentang kecewamu
Beritahu aku resah jiwamu
aku akan mendengarnya
lalu memujukmu.
Sandarkan cintamu ke dadaku
ceritakan padaku tentang bahgiamu
beritahu betapa istimewanya aku di hatimu
aku akan mendengarnya
sambil mengusap wajahmu
lalu memelukmu.
Qalam Bertinta
28102012
1217pm
lalu memujukmu.
Sandarkan pilumu ke dadaku
ceritakan padaku tentang kecewamu
Beritahu aku resah jiwamu
aku akan mendengarnya
lalu memujukmu.
Sandarkan cintamu ke dadaku
ceritakan padaku tentang bahgiamu
beritahu betapa istimewanya aku di hatimu
aku akan mendengarnya
sambil mengusap wajahmu
lalu memelukmu.
Qalam Bertinta
28102012
1217pm
MEMBUGAR KELESUAN
MEMBUGAR KELESUAN
Mengalir deras
dari puncak pergunungan semangat
mengetuk lembah jiwa
bangsa berdaulat
bangsa merdeka minda
hehujanan seruan
menyirami pepohon bahasa
menyegar akar yang berlingkar
dedahan dan reranting budaya bangsa
menyelusupi lelorong menara istana
pada tampuk kuasa
pada marhaen desa kota
gagah segak
pantas gerak nakhoda budaya
di pentas perdana
bersemuka
media elektornik dan tulisan karya
yang lena diulit mimpi
disuntik tenaga semangat bara
menyusun saf tindak gerak
membugar kelesuan
sebuah warisan
canai gilaplah permata kelam
biar bersinar bak permata nilam
dalam tekad dan azam
tarian yang seragam
bukan suram
dalam diam
bangkitlah bangsaku
kalungkan bahasa di istana ratu
bersatu bersatu
dalam perdu bersepadu
YHI
Segamat Johor
29102012
bangsa merdeka minda
hehujanan seruan
menyirami pepohon bahasa
menyegar akar yang berlingkar
dedahan dan reranting budaya bangsa
menyelusupi lelorong menara istana
pada tampuk kuasa
pada marhaen desa kota
gagah segak
pantas gerak nakhoda budaya
di pentas perdana
bersemuka
media elektornik dan tulisan karya
yang lena diulit mimpi
disuntik tenaga semangat bara
menyusun saf tindak gerak
membugar kelesuan
sebuah warisan
canai gilaplah permata kelam
biar bersinar bak permata nilam
dalam tekad dan azam
tarian yang seragam
bukan suram
dalam diam
bangkitlah bangsaku
kalungkan bahasa di istana ratu
bersatu bersatu
dalam perdu bersepadu
YHI
Segamat Johor
29102012
BIARLAH RAHSIA
BIARLAH RAHSIA
Keheningan malam yang dingin
menyejukkan hati yang membara
pada kerinduan yang sering menerpa
mungkinkah kau juga turut merasakan
berdepan dengan perasaan yang menyesakkan
antara mimpi dan kenyataan
kepayahan jiwa meluahkan kata
seringkali mencetuskan bicara sengketa.
Bukan niat untuk menjauhkan
gurauan mesra bermain di fikiran
menghiris perasaan dalam tangisan
menyedarkan aku dari lamunan
kita berbeda langkah dan tujuan
kasih dan sayang mempertahankan
bara cinta yang mengasyikkan.
Semakin hari cinta mengharum
semakin pudar kepahitan lalu
namun masih ada mengharapkan
dalam diam ada bayangan yang datang
mencari secebis kasih dan sayang
damai ketenangan di syurga impian
dan kisahku yang masih panjang
kau biarkan jauh terpendam
lalu kuputuskan biarlah rahsia
kerana tiada penghujung ketenangan jiwa.
Amirah Amir
28102012 2.05pm
berdepan dengan perasaan yang menyesakkan
antara mimpi dan kenyataan
kepayahan jiwa meluahkan kata
seringkali mencetuskan bicara sengketa.
Bukan niat untuk menjauhkan
gurauan mesra bermain di fikiran
menghiris perasaan dalam tangisan
menyedarkan aku dari lamunan
kita berbeda langkah dan tujuan
kasih dan sayang mempertahankan
bara cinta yang mengasyikkan.
Semakin hari cinta mengharum
semakin pudar kepahitan lalu
namun masih ada mengharapkan
dalam diam ada bayangan yang datang
mencari secebis kasih dan sayang
damai ketenangan di syurga impian
dan kisahku yang masih panjang
kau biarkan jauh terpendam
lalu kuputuskan biarlah rahsia
kerana tiada penghujung ketenangan jiwa.
Amirah Amir
28102012 2.05pm
Rindu Bersatu
Rindu Bersatu
saat kubuka jendela waktu
terpampang di mataku bingkisan rindumu
menggegarkan seluruh kalbuku
akan kerinduanmu itu
sehingga tak mampu lagi aku
menahan gelora asmara yang padu
mengharapkan kamu segeralah kedakapanku
akan kukucup bibir gebumu
seghairah semahunya aku.
aku amat merindui dirimu sayangku,
'i love you'.
ss/spl/pm ... 28/10/2012.
sehingga tak mampu lagi aku
menahan gelora asmara yang padu
mengharapkan kamu segeralah kedakapanku
akan kukucup bibir gebumu
seghairah semahunya aku.
aku amat merindui dirimu sayangku,
'i love you'.
ss/spl/pm ... 28/10/2012.
~ Rindu Dendam, Hati Tercalar ~
~ Rindu Dendam, Hati Tercalar ~
Retak seribu palungan kasih
tika ombak tsunami merentap
ranap segala impian yang terbina
di batas-batas cinta
yang dulunya suci
Di pusara rindu bersemadi
getar tubuhku rebah jua
di riba luka munusuk
belati hati yang rapuh
terkulai akhirnya
Pergilah jauh bayang
kasih, tak rela termanggu
sepi, sedih diintai
kenangan pahit
menerjah kalbuku suram
Di lautan cinta berduri
punah segalanya
reput rindu dilambung
duka nestapa yang
menggores pilu
Sayap kasih remuk
panji rindu runtuh
tika cinta palsu
berseloka megahnya
di ranjang kejam...
'Rindu Dendam, Hati Tercalar'...luka semalam...
28hb Oktober 2012 Ahad
1.35pm
SNQ
yang dulunya suci
Di pusara rindu bersemadi
getar tubuhku rebah jua
di riba luka munusuk
belati hati yang rapuh
terkulai akhirnya
Pergilah jauh bayang
kasih, tak rela termanggu
sepi, sedih diintai
kenangan pahit
menerjah kalbuku suram
Di lautan cinta berduri
punah segalanya
reput rindu dilambung
duka nestapa yang
menggores pilu
Sayap kasih remuk
panji rindu runtuh
tika cinta palsu
berseloka megahnya
di ranjang kejam...
'Rindu Dendam, Hati Tercalar'...luka semalam...
28hb Oktober 2012 Ahad
1.35pm
SNQ
Subscribe to:
Posts (Atom)
