Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, November 1, 2013

Batin menangis

Batin menangis

Menangislah dalam hati
menyimpan duka nestapa
membendung seribu lara
berkelana dalam diri
merintih sepi
merana sendu
meratap hiba

menangislah dalam hati
menyucikan diri
mendidik minda
erti kesabaran
perisai keimanan

hidup bukan untuk suka-suka
bukan juga untuk digula-gula
ketawa riang ria
sepanjang masa
dikirim juga air mata
agar belajar
erti derita
erti sengsara

menangislah dalam hati
membentuk kekuatan jiwa
dikira berjaya bukan pura-pura
dalam tangis masih
tersenyum dan selamba

batin menangis
siapakah yang tahu?

Cma
3.43 petang
241013

No comments:

Post a Comment