Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, November 1, 2013

Kawa-kawa bersarang di dada.

Kawa-kawa bersarang di dada.

Hilang senyum
hambar
hati bernanah
amarah
kepala nanar
geram tak sudah
darah; meluap.

Periuk dibuka
berkerak,
mangkuk dibuka
kering,
isi tiada
hanya kuah;
bah.

Telefon bimbit
buat apa
panggilan tidak berangkat
sibuk memanjang
waktu kerja singkat
baliknya lewat
tersenyum ... tawar; kelat.

Alasan tak ingat
bos tiada muafakat
anak sakit
takkan tak tahu
aku penat
... ada nak ambil tahu?

Kad klinik mana, kat siapa?
... haru.

Anak tenat nanti
baru tahu
menangis tak berlagu
ish ... ,
geramnya aku.

Sabarlah hati ... angkat kaki pergi kerja lagi bagus.

Sazalee Sulaiman ... 25/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment