Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, August 14, 2013

50pp: rajuk

50pp: rajuk

...kecewa, marah, tentang apa saja yang dihajati, tak dipenuhi, tak ditunaikan, buat diri rasa terpinggir, rasa dianak tirikan, rasa sendirian, membawa kepada pemencilan diri, kemurungan, enggan berkomunikasi, sebagai reaksi kepada keinginan yang tak kecapaian, tindakbalas yang merugikan diri sendiri, setelah dipujuk, rajuk masih berpanjangan, perlukah tindakan sedemikian, matanglah dalam tindakan...

CNM, 9/8/13

Gema Takbir

Gema Takbir

gema takbir
menggamit kerinduan
pada kasihnya kamu
membelaku
sejak pertama kali
mata ini memandangmu

tak tertanding kasihmu ibu
rindu ini tak pernah pergi

Allahu Akbar Wa Lillah Ilham.

CNM, 7/8/13

syukur

syukur

beri derita
beri bahagian
keduanya nikmat
pengujian alam fana
syukur
ia bawa keinsafan...

CNM, 9/8/13

Puisi di Aidilfitri

Puisi di Aidilfitri

Saat kegembiraan
ingatlah juga kesedihan
kerana ia akan silih berganti...

Saat kesedihan
ingatlah detik keriangan
kerana kesedihan pasti akan pergi...

doakan yang baik-baik saja.

CNM, 8/8/13

AKU BAGAIMANA?

AKU BAGAIMANA?

Rendang kugigit terlepas
ketupat terjatuh
hilang selera
kelopak mengalir kaca
ketar tangan bukan Parkinson
terbayang derita
saudaraku di Mesir
di Palestin menjamah apa
kerongkong dijerut dahaga
perut digigit perit
di situ pertahan nusa
menengak agama
malam berselimut embun
siang beratap langit
tertindas
angkara durjana

aku bagaimana?
Syawal dilema

yahyaisa
Segamat Johor
08082013 (1 Syawal 1434)

RAMADHAN - PERGI

RAMADHAN - PERGI

Sesungguhnya
Ramadan sangat bererti
bagi mereka yang memahami, mendalami dan menghayati
hati kan lebih menerima
andai minda dibuka seluasnya.

Sesungguhnya
Ramadan hilang serinya
bagi mereka yang lupa, leka dan alpa
hati kan lebih keliru
andai minda dikekang sesempitnya

Sesungguhnya
di manakah kita?
di kala Ramadan semakin hilang
pergi bersama cerita dan rahmatnya.
sebaris nama kitakah?
dalam dakapannya.

.
Angah Arie
Seremban 010713

Di Pagi Syawal

Di Pagi Syawal

mari bertakbir memuji Ilahi
tanda syukur atas nikmat diberi
sempurna ramadan yang pergi
berzakat menyucikan diri
bermaafan sesama sendiri

ingatlah sahabat mulai hari ini
musuh kita bertugas kembali
tanpa had mendekati
membisikan kealpaan mengingkari
titah perintah Allah yang patut ditaati...

moga kita sentiasa mengawal diri.

CNM, 8/8/13

Realiti Di Aidilfitri

Realiti Di Aidilfitri

sana sini
dentum dentam berbunyi
mengalahkan kaum satu lagi
menyambut aidilfitri ikutlah sunnah nabi
bertakbir memuji Ilahi
bukan membazir wang membeli
mercun yang merbahaya diri sendiri...

CNM, 7/8/13

GURINDAM BERLAPIS MENYENTUH LEBARAN 6.

GURINDAM BERLAPIS MENYENTUH LEBARAN 6.

Kunjung mengunjung sesama tetangga
terjalin ukhuwah silatulrahim sesama
sifat mahmuhdah ditatang mulia.

Tangan kubasah berhulur-huluran
salam bersalam maaf bermaafan
segala sengketa pinta diampunkan.

Adam dan Hawa jalan seiringan
lirik melirik mata bertatapan
manis senyuman sedondon pakaian.

Takbir bergema syahdu dan hiba
memuji Ilahi syukur terasa
hati tersentuh teringat pusara.

Sazalee Sulaiman ... 07/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Wednesday, August 7, 2013

2b7k

2b7k

sahur yang terakhir
ramadan akan pergi,...syahdu.

CNM, 7/8/13

2B7K: Ramadan

2B7K: Ramadan

Ramadan hampir pergi
Semoga kita bertemu lagi

Shaheen
06082013

MALAM

MALAM

Bersendiri...
bulan dan bintang menemani
cahayanya yang indah menerangi
terpaku aku.

Malam...
punya rahsia, yang tersirat jua tersurat.
Bersimpuh...dengan tertib
seraya menikmati keagungan
ciptaan YA RABBI.

ZIE 06/08/2013

10pp: Lagu Cinta

10pp: Lagu Cinta

Bila hati menyanyi lagu cinta
Serinya terpancar jelas di mata

Shaheen
06082013

BERTEMU DAN BERPISAH

BERTEMU DAN BERPISAH

Ramadan yang akan pergi
Entahkan bertemu entahkan tidak
Pemergianmu...
Tiada tangis iringi

Bila Syawal tiba
Para perantau kembali ke desa
Kampung halaman yang ditinggal pergi
Penuh warna-warni kini

Meriah sungguh menyambut Syawal
Yang tiba bagai sebuah pesta

Mengapa bertemu
Jika perlu berpisah

Berpisah itu
Mengajar erti rindu
Rindu untuk bertemu lagi

Shaheen
06082013

BERTEMU SINAR

BERTEMU SINAR

Dalam meniti liku-liku hidup
onak dan duri tetap ditempuhi
suka dan duka, pahit dan manis
hanyalah penambah perisa, penyedap rasa.

Perjalanan hidup telah ditempuh
mengajar erti kedewasaan
erti persahabatan.

Kini...sinar yang dicari telah kutemui
nun di hadapan telah menanti
tak perlu untuk meragui
sinar kebahagiaan sedia menanti.

ZIE 07/08/2013

SEMALAM DAN HARI INI

SEMALAM DAN HARI INI

Semalam...biarlah berlalu
punya cerita, ada suka jua duka
pahit, manis, duka menghiris
tersimpul kemas...usah diuraikan.

Hari ini...bagai dikelilingi bungaan mekar
harum mewangi, menusuk sanubari.
Semalam dan hari ini
punya aksara yang berbeza
saat merenungi...tinta melakari
bicara kata kunukilkan
hati kembali riang.

ZIE 06/08/2013

SYAWALKU ANUGERAH-MU

SYAWALKU ANUGERAH-MU

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar walillahilham.

Di pagi Syawal-Mu
dalam takbir dan tahmid
dan juga dalam tafakurku
kupanjatkan kesyukuran
kerana aku masih mampu
berada di hening kurniaan-Mu
dengan keizinan dan limpah kurnia-Mu
untuk aku terus menikmati
keindahan pemberian-Mu.

Terima kasih Ya Allah
kerana Engkau masih lagi memberi peluang
untuk aku terus bersama mereka
insan-insan yang Engkau anugerahkan
dan yang telah Engkau amanahkan
untuk aku terus mensyukuri
akan setiap apa yang Engkau berikan
kerana setiap pemberian-Mu
adalah yang terbaik untukku.

Aku akan terus di sini
bersyukur dan berterima kasih
akan setiap yang didatangkan padaku
kerana aku tahu
semuanya adalah dari-Mu
kerana hidup dan matiku
adalah atas ihsan-Mu.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar walillahilham.

Qalam Bertinta
Klang
06082013
2345pm

GEMA TAKBIR

GEMA TAKBIR

Setiap detik nadi berdenyut
saat nafas dihela
hari pun bersilih ganti
bulan berlalu pergi
Ramadan pun berangkat
memberi berkat
melambai Syawal
Aidil Fitri di subuh awal.

Kita merangkai gema takbir
solat dan selawat sama berzikir
di rumah Allah menghampar sejadah
beramai-ramai tangan mengadah
Aidil Fitri membawa berkah
melunas dendam , nafsu amarah
memberi warna ,seri dan indah

Jadilah kita insan mulia
menyambut syawal dengan ceria
tangan bersalaman
maaf berbalasan
rindu berpaut
di kerendahan hati
kasih saudara erat bertaut.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
6 Ogos 2013
10.05 pm

AKROSTIK: PENA.

AKROSTIK: PENA.

P-ersatuan yang diharap memperjuangkan satera ahlinya
E-gonya sungguh tidak bertempat
N-amanya mungkin gah di persada negara
A-nggapan mereka, karya penulis picisan di dalam kumpulan sebagai sampah.

Sazalee Sulaiman ... 06/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

10pp: akur

10pp: akur

... kita akur kita angguk umpama memagut di tepian gantang, kur-kur.

Sazalee Sulaiman ... 06/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.