SYAWALKU ANUGERAH-MU
SYAWALKU ANUGERAH-MU
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar walillahilham.
Di pagi Syawal-Mu
dalam takbir dan tahmid
dan juga dalam tafakurku
kupanjatkan kesyukuran
kerana aku masih mampu
berada di hening kurniaan-Mu
dengan keizinan dan limpah kurnia-Mu
untuk aku terus menikmati
keindahan pemberian-Mu.
Terima kasih Ya Allah
kerana Engkau masih lagi memberi peluang
untuk aku terus bersama mereka
insan-insan yang Engkau anugerahkan
dan yang telah Engkau amanahkan
untuk aku terus mensyukuri
akan setiap apa yang Engkau berikan
kerana setiap pemberian-Mu
adalah yang terbaik untukku.
Aku akan terus di sini
bersyukur dan berterima kasih
akan setiap yang didatangkan padaku
kerana aku tahu
semuanya adalah dari-Mu
kerana hidup dan matiku
adalah atas ihsan-Mu.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar walillahilham.
Qalam Bertinta
Klang
06082013
2345pm
No comments:
Post a Comment