Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, August 16, 2013

NAUNGAN ATAU JAJAHAN

NAUNGAN ATAU JAJAHAN

Berkerut dahi mentafsir makna
penjajahan dan naungan
maksud sama atau berbeza
tarkrifan bagaimana
aku dilema

kubelek kitabbuku
coretan catatan terdahulu
pegangan sejawaran
rujukan para guru

aku keliru
berkata seorang professor
arif dalam bidangnya
negaraku tidak pernah dijajah
penemuan ilmu baru

merdeka datang mana
dari naungan atau jajahan
satu persoalan
rungkaikan

yahyaisa
Segamat Johor
15082013 (8 Syawal 1434)

No comments:

Post a Comment