Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, August 14, 2013

Mencipta Ramadan

Mencipta Ramadan

dedaki itu cair bersama zikir dan tahmid
hanyut di muara insaf dalam muzik kemenangan
saat bayu sedih tenggelam di pintu ramadan
cahaya kemenangan mengharumi
pada setiap ziarah dan salam
serta ucapan berbau persaudaraan
di dada langit jejaran bintang-bintang
bagaikan pingat tersemat di dada perwira
semerbak seharum kesturi pada mulut-mulut
yang lapar dan dahaga pada panas ramadan
yang semakin jauh meninggalkan diri.

syawal
pada kanvasmu masih mampu mencipta ramadan
pada tiang-tiang enam yang berceracak
untuk dikutip wanginya di saat hati-hati
dibuai ombak kemenangan
ciptalah pada diari hidup
sebelum senja syawal melabuh tirainya.

Abdullah Tahir
4 Syawal 1434 / 12 Ogos 2013

No comments:

Post a Comment