Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, August 16, 2013

DI SEBALIK LAUNGAN 31 OGOS

DI SEBALIK LAUNGAN 31 OGOS

Di sebalik laungan 31 Ogos 1957
ada rentetan sejarah perjuangan yang panjang
1511, ketika Benggali Putih memulakan penjajahan
Melaka menjadi medan penentangan
dari anak bangsa yang murka bila tanahair mereka dipersenda
oleh petualang durja yang cuba berkuasa
yang ingin membina empayar untuk memonopoli
khazanah negara juga mencemar budaya.

Laungan 31 Ogos
adalah kesinambungan jeritan semangat
yang telah tertanam berabad lamanya
di dada warga yang cintakan negara ini
dari zaman kegemilangan Melaka
hinggalah ke zaman millennium ini
kerana negara ini punya daulat
yang wajib dipertahankan
oleh setiap warga yang mengaku
negara ini tanah tumpah darahnya.

Laungan ini belum berakhir
perjuangan ini juga belum bernoktah
merdeka bukan hanya dari sebaris laungan
merdeka juga bukan hanya dengan kata-kata
malah ada sesuatu yang lebih besar dari itu
yang harus kita perbetulkan
agar kemerdekaan ini
akan terus menjadi milik kita
bukan hanya untuk hari ini
tetapi untuk selama-lamanya.

Qalam Bertinta
Klang
15082013
2121pm

No comments:

Post a Comment