Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, August 17, 2013

DI MANA TITIK PERBEZAAN KITA.

DI MANA TITIK PERBEZAAN KITA.

Kita lihat Mesir
setiap hari, di kaca tv
bermandi darah
kehilangan nyawa
menderita
dan hati kita terasa
sedih
marah
bila wanita
lelaki
kanak-kanak
tua
dan muda
menjadi mangsa
apa yang kita katakan kekejaman

tetapi!

... kita terlupa
tiada bezanya kita di negara ini
dengan mereka
di mana
sering kali
kita memberontak
inginkan apa yang dikatakan hak
mempertikaikan kerajaan
dan dasarnya
mempertikaikan kenaikan harga
dan pelbagai lagi
yang kita rasa
hak kita
di negara berdemokrasi

cuma!

... di negara kita
memang ada pertumpahan darah
namun tiada kehilangan nyawa
baik wanita
lelaki
kanak-kanak
tua
dan muda
yang menjadi mangsa

itu yang membezakan kita dengan mereka.

Bezanya juga
kita dengan mereka
adalah mereka mempertikaikan
kezaliman kerajaan yang ada
menggulingkan kepimpinan
yang mereka suka.

Satu pertanyaan sekali lagi
... berbezakah kita dengan mereka?

Bila kita berdemonstrasi jalanan.

Sazalee Sulaiman ... 17/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment