Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, August 31, 2013

Wardopename berperenggan: HARI KEBANGSAAN.

Wardopename berperenggan: HARI KEBANGSAAN.

Indah nian di waktu malam
malam hari berbulan terang
terang cahaya di hati bersyukur
bersyukur menyambut hari kebangsaan.

Malaysia maju rakyatnya makmur
makmur subur gemburnya tanah
tanah ini tanah warisan
warisan berzaman pejuang kemerdekaan.

Tigapuluh satu bulan lapan sambut merdeka
merdeka hasil peninggalan pejuang
pejuang gugur pertahankan bangsa
bangsa maju kekal berdaulat.

Usah leka terlebih gembira
gembira kita sambut merdeka
merdeka harus kita pertahan
pertahan dari musuh durjana.

Bersatu teguh kita kukuh
kukuh kita mantap nagara
negara Malaysia telah merdeka
merdeka disambut dengan meriah.

Tanam di hati semangat perjuangan.

Sazalee Sulaiman ... 20/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment