Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, August 31, 2013

KHAYALAN.

KHAYALAN.

Sering kali mata mengelabui minda
kaca dikatakan permata
cahaya neon dikatakan limpahan mentari
pandangan berbeza-beza, fatamorgana bernuansa.

Akal pula berkata-kata
kalau tidak, tidaklah kelekatu bergelimpangan
dan tajamnya kaca mengguriskan rasa
hati retak di bingkai kaca.

Berserakan seribu di halaman hati
dibius khayalan.

Sazalee Sulaiman ... 19/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment