Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, August 16, 2013

Suka Tak Suka V

Suka Tak Suka V

Suka tak suka
cuti dah di penghujungnya
bersiap siaga
kembali bekerja
meneruskan agenda.

Suka tak suka
dah jadi tugas kita
tanggungjawab kena laksana
amanah bangsa negara dan agama
itu perlu diutama.

Suka tak suka
kita yang pilih kerja
jangan rasa terbeban dengannya
buat secara kerja sama
yang berat ringan jadinya.

Suka tak suka
kepentingan semua dijaga
kepentingan diri dikawal selia
pasukan terjaga
institusi berjaya.

Suka tak suka
dengar arahan ketua
jangan ikut kepala kita
ia jadi barah bawa bencana
kita jadi perosak tak berguna.

Suka tak suka
latih diri bekerjasama
kalau tak tahu bertanya
kalau berilmu kongsi semua
permuafakatan banyak faedahnya.

Suka tak suka
berikan sumbangan anda
tonjolkan diri untuk berjaya
kelebihan diri usah simpan saja
rugi terpendam tak diguna.

Suka tak suka
tugasan biar ikut jadualnya
tak menyusah rakan sekerja
tertangguh nak dilaksana
dek kerja kita yang tertunda.

Suka tak suka
aku berpesan pada semua
tak terkecuali diriku juga
yang baik diamal sentiasa
yang buruk dihentikan segera.

Suka tak suka
sampai sini dulu versi lima
dengan Izin-Nya
ada idea sambung yang enam pula
harap dimaaf pada silap salah bicara.

CNM, 16/8/13

No comments:

Post a Comment