Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, August 16, 2013

Kata RAHMAN, kataku

Kata RAHMAN, kataku

kata Rahman
merdeka! merdeka! merdeka
apa guna merdeka
jika minda masih kelas tiga
tiada beza.

kata Abdul Razak
kita punya keperibadian dengan satu bahasa
apa guna dirasmikan bahasa kita
jika bahasa penjajah didewa
tiada makna.

kata Hussien Onn
kita perlu pemimpin berjiwa
apa guna pemimpin dipuja
jika rakyat diperkuda
tiada patriotismenya.

kata Mahathir Mohamad
kita punya pendapat yang berbeza
apa guna banyak idea
jika tidak ada titik sama
tiada kesepaduannya.

kata Abdullah Ahmad Badawi
kita maju hasil perjuangan lagenda
apa guna kemajuan di persada
jika moral dilupa
tiada kehormatannya.

Kata Najib Abdul Razak
saya perlu kuasa untuk rakyat jelata
apa guna memiliki kuasa
jika rakyat makin terhina
tiada ertinya.

kataku
semua pemimpin pandai berkata
indah pada pendengaran semua
tiada guna kalau tak dilaksana
pemimpin akan ditanya
apa yang dikerja...

CNM, 16/8/13

No comments:

Post a Comment