Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, August 31, 2013

KERANA SEORANG WANITA BERGELAR ISTERI.

KERANA SEORANG WANITA BERGELAR ISTERI.

Kerana seorang wanita
yang bergelar isteri
seorang lelaki boleh jadi
seorang suami
pembimbing anak dan isteri.

Kerana seorang wanita
yang bergelar isteri
seorang suami boleh jadi
apa sahaja
yang mahu difikirkannya menjadi.

Kerana seorang wanita
yang bergelar isteri
seorang suami boleh jadi
dewa
di dalam alam berumahtangga.

Kerana seorang wanita
yang bergelar isteri
seorang suami boleh jadi
sebaik-baiknya manusia
di muka bumi ini.

Kerana seorang wanita
yang bergelar isteri
seorang suami boleh juga jadi
iblis
yang bertopengkan manusia.

Dan kerana seorang wanita
yang bergelar isteri
seorang lelaki yang bergelar suami
boleh menjadi pengebom
diburu cemburu menggaru tangkai hati.

Apa nak jadi?

Sazalee Sulaiman ... 17/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment