Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, August 16, 2013

Lahad Datu bergolak lagi?

Lahad Datu bergolak lagi?

"Haaa, betul ke?"

... taklah
dengarlah propaganda murahan
yang cuba dicurahkan media Manila
tak senang akan kemakmuran
kedamaian yang kita kecapi
selepas peristiwa hitam yang mengganggu kucar
menconteng arang
kestabilan dan kedaulatan negara.

Jauh panggang dari api
bagaimana mereka yang lebih tahu dari kita
mereka berada di luar perairan sempadan negara
hanya pandai membuat tohmahan dan cerita
direka-reka untuk mendapat publisiti murahan
untuk melariskan akhbar yang semakin tidak popular
semakin merundum keuntungannya

kononnya mereka adalah 'paparazi' dunia
mengikut acuan kepolisian dunia
yang semakin menjarah tanah pusaka mereka
kedaulatan negara mereka sendiri dipijak-pijak, diinjak-injak
oleh penzalim yang kononnya seteru
menjaga perairan mereka
dari diceroboh mana-mana negara.

Adakah mereka lebih tahu hal di dalam kain kita?
Adakah mereka terlebih tahu hal rumahtangga negara kita?

... yang kita salutkan dengan kain sutera
salutan seumpama balutan si buah nangka
kemas ikatan, kemas pintalan
di segenap bucu dan ruang yang ada
waima si ulat gonggok pun susah mahu menerpa
inikan pula si lebah durjana.

Ahh, pergi jahanamlah dengan mereka
usah dilayan lagi propaganda mereka
yang hanya tahu menjahanamkan kestabilan sesebuah negara
asalkan keuntungan mereka yang punya
Peso masuk ke kantung mereka
tanpa rasa tanggungjawab akan apa yang direncana
yang boleh mengganggu gugat persahabatan dua negara.

Biarkan, biarkanlah
biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya
yang tenggelam nanti
pasti
adalah mereka sendiri.

Sazalee Sulaiman ... 13/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment