Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, August 16, 2013

PANTUN SELOKA SAMBUT MERDEKA.

PANTUN SELOKA SAMBUT MERDEKA.

Satu hari di hari raya,
beramai-ramai solat sunat;
merdeka disambut penuh budaya,
gema laungan kekal semangat.

Hari kedua kunjung mengunjung,
pengerat ukhuwah utuh persaudaraan;
gema merdeka tiada penghujung,
bersatu teguh keramat perjuangan.

Balik kampung raya ketiga,
permanduan selesa sesak seketika;
negara merdaka harus dijaga,
elak terjajah di hari muka.

Kakiku letih bagai berbara,
lenguh di badan masih terasa;
laung merdeka bersatulah suara,
gemakan wardah semangat bangsa.

Pulang ke Nilai badanku lenguh,
kerana memandu tiada hentinya;
perjuangan kita haruslah teguh,
semoga merdeka tiada akhirnya.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

Sazalee Sulaiman ... 16/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment