ANAK-ANAK ISLAM DEKAD INI
Anak dekad ini
cukup kenal apa itu mega tv
apa itu internet, apa itu astro
apa itu korodor raya multimedia
tapi,,,,
adakah anak dekad ini
cukup benar mencintai allah
mengenal rasulullah
menyunjung alqur'an
menegakan ke utuhan islam
banggakah kita?
mengikut perubahan duniawi
hingga luputnilai ketimuran
gugur pakaian kesopanan
tergadai darjat kemulia'an
yang memilukan
lupa islam sebagai pegangan
anak anak dekad ini
tidakterdetik kah rindu?
rindu untuk memiliki
peribadi persis puteri rasulullah
keimanan sejitu puteri junjungan
usah beri alasan
yang zaman kita, zaman mereka
berbeza???
benar,,,
iman kita tidak seteguh
saidina abu bakar
tidak sepadu
omar al khattab
tidak sejitu rabiatul adawiah
namun kita punya akal
punya hati
anugerah rabbul izzati
untuk tidak menilai
yang hak dan batil
anak kita dekad ini
bersatulah,,,
kita tegakan keutuhan islam
kita bangunkan kalimah Allah
kita pastikan islam terpasak kukuh
di bumi ini!!!
kita tengelamkan,,,anasir hina
penggugat iman
pada saat itu
baru kita punya hak untuk berbangga
bila insan hidup dalam kebuluran
atas landasan kebenaran di bawah
rahmat dan kasih ilah
usahakanlah!
agar itu bukan impian semata-mata
ingatlah!!!
kalau bukan sekang, bila lagi?
kalau bukan di sini, mana lagi?
kalau bukan kita, siapa lagi?
usahakanlah wahai anak anak islam
nukilan
saniah masri
no 20 felda selancar 2
segamat
johor
04 30pm
11/2/2013
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Sunday, February 17, 2013
MAKANAN SEIMBANG
MAKANAN SEIMBANG
Bergelut usus
menghadam nutrien
mulut tekak kecap sedap
buah pinggang turut merana
menapis toksid bisa
tenggelam punca
jantung murung lemak bersarang
denyutan nadi kencang
salur darah mengeliat tersumbat
bekelan makanan oksigen tersekat
wajah pucat darah terencat
badan lemah masuk wad
jaga permakanan jaga aturan
makanan berlemak kolestrol bahaya
makanan seimbang kesihatan ceria
cukup zat badan sihat
jaga sebelum kena
protein tumbesaran dipangkin
karbohidrat penjana tenaga
lemak mengawal haba
vitamin dan zat galian
kualiti dijaga.
yahyaisa
Segamat Johor
Bergelut usus
menghadam nutrien
mulut tekak kecap sedap
buah pinggang turut merana
menapis toksid bisa
tenggelam punca
jantung murung lemak bersarang
denyutan nadi kencang
salur darah mengeliat tersumbat
bekelan makanan oksigen tersekat
wajah pucat darah terencat
badan lemah masuk wad
jaga permakanan jaga aturan
makanan berlemak kolestrol bahaya
makanan seimbang kesihatan ceria
cukup zat badan sihat
jaga sebelum kena
protein tumbesaran dipangkin
karbohidrat penjana tenaga
lemak mengawal haba
vitamin dan zat galian
kualiti dijaga.
yahyaisa
Segamat Johor
SERIBU TANYA KE MANA
SERIBU TANYA KE MANA
seribu tanya
dalam sendirianku
abjad yang sering bertandang
tidak berseru lagi
kemana
waktu seakan tidak tersampai
segala pesanan
dalam menunggu
tertanya hati
kemana
suarakan sedetik kata
khabar diri tidakkah terasa
kerisauan seluruh jagat alam ini
berseru
kujejak menerawang
menunggu bisiknya menyapa hati
gundah mendesah dalam dada
bagai terngiang suaramu
menitip rindu
di sini
bak embun yang mengalir
merindui hadir
EYTAJMS
11/2/13
Taiping
seribu tanya
dalam sendirianku
abjad yang sering bertandang
tidak berseru lagi
kemana
waktu seakan tidak tersampai
segala pesanan
dalam menunggu
tertanya hati
kemana
suarakan sedetik kata
khabar diri tidakkah terasa
kerisauan seluruh jagat alam ini
berseru
kujejak menerawang
menunggu bisiknya menyapa hati
gundah mendesah dalam dada
bagai terngiang suaramu
menitip rindu
di sini
bak embun yang mengalir
merindui hadir
EYTAJMS
11/2/13
Taiping
Cerita si puyuh
Cerita si puyuh
Seekor puyuh di laman seri
berlari bermain sesuka hati
terbang hinggap di pohon melati
terbang turun mematuk padi
Puyuh bermain bersama kedidi
bersuka ria riang sekali
walau diri tidak secantik merpati
puyuh tidak bersusah hati
Kerna puyuh sangat mengerti
dia sangat dimanja dan disayangi
hingga tiba disuatu hari
puyuh mula sedar sendiri
Puyuh berlari lagi
tapi bukan bersuka hati
berlari mencari tempat sembunyi
agar tidak dihalau pergi
Puyuh menangis berperi-peri
hingga patah sayap kiri
tidak boleh terbang lagi
berjalan mengheret langkah sendiri
Cahaya laila
11 Feb 2013
Seekor puyuh di laman seri
berlari bermain sesuka hati
terbang hinggap di pohon melati
terbang turun mematuk padi
Puyuh bermain bersama kedidi
bersuka ria riang sekali
walau diri tidak secantik merpati
puyuh tidak bersusah hati
Kerna puyuh sangat mengerti
dia sangat dimanja dan disayangi
hingga tiba disuatu hari
puyuh mula sedar sendiri
Puyuh berlari lagi
tapi bukan bersuka hati
berlari mencari tempat sembunyi
agar tidak dihalau pergi
Puyuh menangis berperi-peri
hingga patah sayap kiri
tidak boleh terbang lagi
berjalan mengheret langkah sendiri
Cahaya laila
11 Feb 2013
SENYUMAN BIDADARI
SENYUMAN BIDADARI
Wajah gusar
bidadari sembunyi
di balik mekar senyuman
kuntum pudar warna jiwa
pahit perit
meski ganas ombak meragut
suara cinta bersilih ganti
hakis utuh diri
rebah mati
yahyaisa
Segamat Johor
11022013
Wajah gusar
bidadari sembunyi
di balik mekar senyuman
kuntum pudar warna jiwa
pahit perit
meski ganas ombak meragut
suara cinta bersilih ganti
hakis utuh diri
rebah mati
yahyaisa
Segamat Johor
11022013
Saturday, February 16, 2013
Bukalah mata.
Bukalah mata.
Guna mengguna dan dipergunakan
telah menjadi lumrah di alam siber ini
dikuda kayukan
dan dikambing hitamkan
juga telah menjadi asam garam
dalam permainan sandiwara,
... di mayapada
Selingkuh berleluasa
kecurangan bermaharajalela
semuanya menjadi agenda
mengelabui mata
di bawah lesen kononnya
kesepian jiwa,
... gampangnya bicara.
Hanya keimanan dan ketakwaan
yang jitu di dalam dada
mempunyai kuasa menahan gejala ini
dari terus berleluasa
mengaburi pertimbangan
yang ada,
... di minda kita.
Bukalah mata seluas-luasnya.
ss/spl/pm ... 11/02/2013.
Guna mengguna dan dipergunakan
telah menjadi lumrah di alam siber ini
dikuda kayukan
dan dikambing hitamkan
juga telah menjadi asam garam
dalam permainan sandiwara,
... di mayapada
Selingkuh berleluasa
kecurangan bermaharajalela
semuanya menjadi agenda
mengelabui mata
di bawah lesen kononnya
kesepian jiwa,
... gampangnya bicara.
Hanya keimanan dan ketakwaan
yang jitu di dalam dada
mempunyai kuasa menahan gejala ini
dari terus berleluasa
mengaburi pertimbangan
yang ada,
... di minda kita.
Bukalah mata seluas-luasnya.
ss/spl/pm ... 11/02/2013.
RUMAH USIA
RUMAH USIA
oleh Saniah Masri pada pada 13hb Januari 2013 pukul 4.08 ptg ·
Kita penghuni rumah usia
sekadar menyewa untuk selamanya
bukan hitungan harta
qadaq dan qadar adalah perjanjian
bukan kemahuan fikiran
setibanya usia berabuh
sesaat tiada lagi tertangguh
di rumah usia bukan penentuan masa
biarlah usia itu pencipta sejahtera
menimbus dosa dosa di liang pahala
perancangan kita
ketika di rumah usia
sekadar doa semesta
nikmat dan berkat atas anugerahnya
selagi berhayat biar lah berrahmat
esok atau lusa
warisan ini di jajah sepi
setelah di geruni kalibat sendiri
hanya mampu bernafas sepi
esok atau lusa
perangi kelalaian kita
teladani warisan tua
moga kita tidak sesal
ketika melewati rumah usia
muhasabah diri
pada yang maha esa
ilham suri
saniah masri
felda selancar 2,segamat
johor
13/01/2013
4.06 pm
oleh Saniah Masri pada pada 13hb Januari 2013 pukul 4.08 ptg ·
Kita penghuni rumah usia
sekadar menyewa untuk selamanya
bukan hitungan harta
qadaq dan qadar adalah perjanjian
bukan kemahuan fikiran
setibanya usia berabuh
sesaat tiada lagi tertangguh
di rumah usia bukan penentuan masa
biarlah usia itu pencipta sejahtera
menimbus dosa dosa di liang pahala
perancangan kita
ketika di rumah usia
sekadar doa semesta
nikmat dan berkat atas anugerahnya
selagi berhayat biar lah berrahmat
esok atau lusa
warisan ini di jajah sepi
setelah di geruni kalibat sendiri
hanya mampu bernafas sepi
esok atau lusa
perangi kelalaian kita
teladani warisan tua
moga kita tidak sesal
ketika melewati rumah usia
muhasabah diri
pada yang maha esa
ilham suri
saniah masri
felda selancar 2,segamat
johor
13/01/2013
4.06 pm
KEHADIRAN ISTIMEWA
KEHADIRAN ISTIMEWA
Dalam syukur menerimamu
terburai bejana airmata itu
berkecamuk memikir hari ini, esok dan seterusnya
mana harus bermula
mana arah nak di hala
mana nokhtah segalanya
duhai anak....sakitmu derita bonda
derita yang tidak mampu bonda luah
menyesak, menghiris dan menghimpit jiwa
senyum bonda dalam pasrah
ketawa bonda menongkat parah
keji, nista dan cacian jadi mainan
mainan manusia yang merasa mereka keberuntungan
ingat pesan ini wahai anak.....
"tidak kita minta untuk begini,
tapi....janji Allah itu pasti
bangun anak....
kuatkan semangat ragamu
ketepikan "siapa aku?"
takdir itu terbaik buatmu
bisumu menghapus dosa menjawab cacian
butamu tanpa dosa penglihatan
pekakmu terhindar bisikan hinaan
telah dijanji tempatmu di sana
pergilah.....
redha bonda diiringi doa
tabahmu, cekalmu semangat dan kekuatan bonda
kerna bonda percaya
takdir itu ada hikmahnya
Takdir Allah mengatasi segalanya
~~danhayati~~
Dalam syukur menerimamu
terburai bejana airmata itu
berkecamuk memikir hari ini, esok dan seterusnya
mana harus bermula
mana arah nak di hala
mana nokhtah segalanya
duhai anak....sakitmu derita bonda
derita yang tidak mampu bonda luah
menyesak, menghiris dan menghimpit jiwa
senyum bonda dalam pasrah
ketawa bonda menongkat parah
keji, nista dan cacian jadi mainan
mainan manusia yang merasa mereka keberuntungan
ingat pesan ini wahai anak.....
"tidak kita minta untuk begini,
tapi....janji Allah itu pasti
bangun anak....
kuatkan semangat ragamu
ketepikan "siapa aku?"
takdir itu terbaik buatmu
bisumu menghapus dosa menjawab cacian
butamu tanpa dosa penglihatan
pekakmu terhindar bisikan hinaan
telah dijanji tempatmu di sana
pergilah.....
redha bonda diiringi doa
tabahmu, cekalmu semangat dan kekuatan bonda
kerna bonda percaya
takdir itu ada hikmahnya
Takdir Allah mengatasi segalanya
~~danhayati~~
Bayanganmu
Bayanganmu
...ada di mana-mana
mengekori dengan rela
tanda menyerah segala
setia ke hujung nyawa
kerana takdir-Nya
terbaik buat kita.
CNM
...ada di mana-mana
mengekori dengan rela
tanda menyerah segala
setia ke hujung nyawa
kerana takdir-Nya
terbaik buat kita.
CNM
JIWA KECIL
JIWA KECIL
Jiwa kecil
meracau buntu
pudar hilang tumpu
sasau nanar memuncak
lebih tidak memihak
puncak bukan jaminan
lewat waktu menghitung hari
masihkah di sini?
yahyaisa
Segamat Johor
11022013
Jiwa kecil
meracau buntu
pudar hilang tumpu
sasau nanar memuncak
lebih tidak memihak
puncak bukan jaminan
lewat waktu menghitung hari
masihkah di sini?
yahyaisa
Segamat Johor
11022013
Jantung Hatiku
Jantung Hatiku
mereka jantung hatiku
senyuman menawan kalbu
Ya Allah syukur kepada-Mu
beri kami kesejahteraan waktu ke waktu
bahagia bertamu...
CNM, 10/2/2013
Batu Feringgi
mereka jantung hatiku
senyuman menawan kalbu
Ya Allah syukur kepada-Mu
beri kami kesejahteraan waktu ke waktu
bahagia bertamu...
CNM, 10/2/2013
Batu Feringgi
Terubat rindu..
Terubat rindu..
Kupujuk mata untuk beradu
Beradu beralaskan ribamu
Kauusap setiap ubunku
Penuh rasa syahdu
Meresap kealiran merahku
Damai bermukin kian layu
Dodoikanku
Mendakap kasih melerai rindu
Sepurnama kuhimpun dahulu
Dan saat ini semuannya satu persatu
Dilerai-lerai agar terubat sendu
Yang sarat tidak tertanggung itu
Bonda
Ditubir matamu
Ada tersimpan seribu
Satu nan pilu
Setiap kali usapanmu
Memain anak rambutku
Usah bondaku
Lirih pilu
Di depan matamu
Kukucup jemari kasarmu
Hingga aku tidak mahu melepaskanmu..
Bonda
Terubat segala rinduku...
Anakmu Nur Auni
10 feb 2013
Kupujuk mata untuk beradu
Beradu beralaskan ribamu
Kauusap setiap ubunku
Penuh rasa syahdu
Meresap kealiran merahku
Damai bermukin kian layu
Dodoikanku
Mendakap kasih melerai rindu
Sepurnama kuhimpun dahulu
Dan saat ini semuannya satu persatu
Dilerai-lerai agar terubat sendu
Yang sarat tidak tertanggung itu
Bonda
Ditubir matamu
Ada tersimpan seribu
Satu nan pilu
Setiap kali usapanmu
Memain anak rambutku
Usah bondaku
Lirih pilu
Di depan matamu
Kukucup jemari kasarmu
Hingga aku tidak mahu melepaskanmu..
Bonda
Terubat segala rinduku...
Anakmu Nur Auni
10 feb 2013
Bicara redha...
Bicara redha...
Sukar untuk dipuisikan
sesukar untuk diikhlaskan
Redha itu
walau dari hati
memang sukar untuk dimengerti
ada rasa rela, syukur
anehnya
ia tidak bisa luhur
Itulah aku...manusia
Bukan tiada rasa yang bersisa
Redha itu masih hadir
Namun kala itu
kau tahu, ia sukar
kau tahu, ia payah
Namun jika itu pilihannya
biarkanku mengalah
Redhaku pada ketentuanNya
Nur Auni
10 feb 2013
02:52am
Sukar untuk dipuisikan
sesukar untuk diikhlaskan
Redha itu
walau dari hati
memang sukar untuk dimengerti
ada rasa rela, syukur
anehnya
ia tidak bisa luhur
Itulah aku...manusia
Bukan tiada rasa yang bersisa
Redha itu masih hadir
Namun kala itu
kau tahu, ia sukar
kau tahu, ia payah
Namun jika itu pilihannya
biarkanku mengalah
Redhaku pada ketentuanNya
Nur Auni
10 feb 2013
02:52am
MUTIARA KEHIDUPAN
MUTIARA KEHIDUPAN
Apakah
nilai sebutir mutiara
terbenam di bawah lumpur
dipuja hanya kerana nama
kenangan silam
apakah
erti sebuah kehidupan
laksana kapal tanpa nakhoda
sesat di tengah lautan
hilang pedoman
mutiara kehidupan perlu digilap
serlahkan kehalusan budi
pancarkan nilai
kejadian.
yahyaisa
Segamat Johor
10022013
Apakah
nilai sebutir mutiara
terbenam di bawah lumpur
dipuja hanya kerana nama
kenangan silam
apakah
erti sebuah kehidupan
laksana kapal tanpa nakhoda
sesat di tengah lautan
hilang pedoman
mutiara kehidupan perlu digilap
serlahkan kehalusan budi
pancarkan nilai
kejadian.
yahyaisa
Segamat Johor
10022013
DI TANAH INI AKU BERPIJAK
DI TANAH INI AKU BERPIJAK
Di tanah ini aku berpijak
tanah ini akan kupertahankan
kutancapkan kukuh kakiku di sini
biar bergemuruh musuh menyerbu
berundur…pantang keturunanku
biar berkecai daging membusuk dimamah tanah
biar berderai tulang temulang jatuh satu persatu
aku akan terus di sini, di tanah ini
kerana tekadku hanya satu
andai kugugur
biarlah tanah ini menjadi saksi
dan biarlah juga
tanah ini menjadi kuburanku.
Qalam Bertinta
04022013
2307pm
Di tanah ini aku berpijak
tanah ini akan kupertahankan
kutancapkan kukuh kakiku di sini
biar bergemuruh musuh menyerbu
berundur…pantang keturunanku
biar berkecai daging membusuk dimamah tanah
biar berderai tulang temulang jatuh satu persatu
aku akan terus di sini, di tanah ini
kerana tekadku hanya satu
andai kugugur
biarlah tanah ini menjadi saksi
dan biarlah juga
tanah ini menjadi kuburanku.
Qalam Bertinta
04022013
2307pm
PUISI DI MAKAM BONDA
PUISI DI MAKAM BONDA
Di sudut sepi itu
hening dan sunyi
bersama guguran
memutih kuntum-kuntum kemboja
bertafakur seorang aku
dengan zikir dan wirid yang panjang
bersama rindu dan kenangan
yang sentiasa segar
di hati dan ingatan.
Makam bisu itu
kurenung dalam helaan nafas yang panjang
menyedarkan aku tentang kasih sayang
seorang insan bergelar bonda
yang sentiasa bergelut
dengan jerih dan perih
demi untuk sebuah kebahgiaan
bagi satu keluarganya.
Bonda
engkau ratuku
engkau syurgaku
biarpun yang tinggal
hanya kenangan bersamamu
namun doaku sentiasa ada
mengiringi jalan-jalanmu
menuju kepada Penciptamu
dalam kehidupan akhirmu
yang abadi.
Dan dalam senyuman kemboja
seakan menghantar pulangku
kutinggalkan makam sepimu
bersama nafas pastiku
kerana aku tahu
satu hari nanti
aku akan kembali ke sini…menemanimu
untuk menuju kehidupan akhirku
yang abadi.
Dan kita pun
akan bersama buat selama-lamanya!... .
Qalam Bertinta
10022013
1247am
Di sudut sepi itu
hening dan sunyi
bersama guguran
memutih kuntum-kuntum kemboja
bertafakur seorang aku
dengan zikir dan wirid yang panjang
bersama rindu dan kenangan
yang sentiasa segar
di hati dan ingatan.
Makam bisu itu
kurenung dalam helaan nafas yang panjang
menyedarkan aku tentang kasih sayang
seorang insan bergelar bonda
yang sentiasa bergelut
dengan jerih dan perih
demi untuk sebuah kebahgiaan
bagi satu keluarganya.
Bonda
engkau ratuku
engkau syurgaku
biarpun yang tinggal
hanya kenangan bersamamu
namun doaku sentiasa ada
mengiringi jalan-jalanmu
menuju kepada Penciptamu
dalam kehidupan akhirmu
yang abadi.
Dan dalam senyuman kemboja
seakan menghantar pulangku
kutinggalkan makam sepimu
bersama nafas pastiku
kerana aku tahu
satu hari nanti
aku akan kembali ke sini…menemanimu
untuk menuju kehidupan akhirku
yang abadi.
Dan kita pun
akan bersama buat selama-lamanya!... .
Qalam Bertinta
10022013
1247am
PANTUN PUTUS KASIH
PANTUN PUTUS KASIH
indah sungguh suasana malam,
bulan dan bintang sama bercahaya;
sedang gundah hati di dalam,
cinta tercurah orang tak percaya.
malam sepi tak siapa menyapa,
pungguk bersembunyi tak berlagu
terukir rindu di kanvas cinta,
masih jua merasa ragu?
pohon kelapa mengorak mayang,
buah muda jatuh ke bumi;
tidak mengapa kalau tak sayang,
kucari lain sebagai ganti.
Embi Estar - 9 Februari 2013
indah sungguh suasana malam,
bulan dan bintang sama bercahaya;
sedang gundah hati di dalam,
cinta tercurah orang tak percaya.
malam sepi tak siapa menyapa,
pungguk bersembunyi tak berlagu
terukir rindu di kanvas cinta,
masih jua merasa ragu?
pohon kelapa mengorak mayang,
buah muda jatuh ke bumi;
tidak mengapa kalau tak sayang,
kucari lain sebagai ganti.
Embi Estar - 9 Februari 2013
SAHABAT
SAHABAT
Dia sahabat
guru dan obor menyala
tidak pernah resah
tidak jemu
berjuang
membimbing
hingga akhir hayat
membakar semangat
kini permata telah pergi
selama-lamanya
telah hilang pada jasad
semangat terus membara
di dadaku
dada kita
sahabat
akan kuteruskan
perjuangan ini
pesan titipan
amanahmu.
yahyaisa
Segamat Johor
08022013
Dia sahabat
guru dan obor menyala
tidak pernah resah
tidak jemu
berjuang
membimbing
hingga akhir hayat
membakar semangat
kini permata telah pergi
selama-lamanya
telah hilang pada jasad
semangat terus membara
di dadaku
dada kita
sahabat
akan kuteruskan
perjuangan ini
pesan titipan
amanahmu.
yahyaisa
Segamat Johor
08022013
PERIGI ILHAM
PERIGI ILHAM
Kemarau ini
kugali perigi ilham
mencari khasiat zam-zam
penghilang haus dahaga musafir
dalam merempuh perjalanan yang jauh
cabaran ujian persimpangan
jauhilah daku dari sirna fatamorgana
pergelutan bebayang kelam
jalan berliku ini
sebati mewarnai diri
tiada beza antara siang dan malam
ke mana harus kutuju
melayari bahtera usang
ke destinasi abadi hakiki.
yahyaisa
Segamat Johor
07022013.
Kemarau ini
kugali perigi ilham
mencari khasiat zam-zam
penghilang haus dahaga musafir
dalam merempuh perjalanan yang jauh
cabaran ujian persimpangan
jauhilah daku dari sirna fatamorgana
pergelutan bebayang kelam
jalan berliku ini
sebati mewarnai diri
tiada beza antara siang dan malam
ke mana harus kutuju
melayari bahtera usang
ke destinasi abadi hakiki.
yahyaisa
Segamat Johor
07022013.
AKSARA
AKSARA
Hebat aksara menyusun kekata
lembut membelai, tajam menikam
dianyam sulam menyusun madah
dicampak ke laut, ombak membelah
menggilap canai mutiara kata
dilontar ke langit, melakar asyik cumbuan
bersaksi cinta teruna dara
disemai baja, menghijau subur flora bicara
puisi pujangga menyulam makna
dalam debat bertegang urat
penyampai petah berfakta mematah hujah
dalam menyindir aksara disulam
lembut bicara halus menikam
disusun atur buku cerita,
menarik minat golongan pembaca
aksara mati tanpa makna
aksara diangkat pesat maklumat
susunan aksara biar bermakna
gedung ilmu kita buku.
yahyaisa
Segamat Johor
08022013
Hebat aksara menyusun kekata
lembut membelai, tajam menikam
dianyam sulam menyusun madah
dicampak ke laut, ombak membelah
menggilap canai mutiara kata
dilontar ke langit, melakar asyik cumbuan
bersaksi cinta teruna dara
disemai baja, menghijau subur flora bicara
puisi pujangga menyulam makna
dalam debat bertegang urat
penyampai petah berfakta mematah hujah
dalam menyindir aksara disulam
lembut bicara halus menikam
disusun atur buku cerita,
menarik minat golongan pembaca
aksara mati tanpa makna
aksara diangkat pesat maklumat
susunan aksara biar bermakna
gedung ilmu kita buku.
yahyaisa
Segamat Johor
08022013
Subscribe to:
Posts (Atom)