MAKANAN SEIMBANG
Bergelut usus
menghadam nutrien
mulut tekak kecap sedap
buah pinggang turut merana
menapis toksid bisa
tenggelam punca
jantung murung lemak bersarang
denyutan nadi kencang
salur darah mengeliat tersumbat
bekelan makanan oksigen tersekat
wajah pucat darah terencat
badan lemah masuk wad
jaga permakanan jaga aturan
makanan berlemak kolestrol bahaya
makanan seimbang kesihatan ceria
cukup zat badan sihat
jaga sebelum kena
protein tumbesaran dipangkin
karbohidrat penjana tenaga
lemak mengawal haba
vitamin dan zat galian
kualiti dijaga.
yahyaisa
Segamat Johor
No comments:
Post a Comment