~ MASIH AKU INGIN TERUS BERCERITA ~
terus kata itu masih mahu menghujat
terus bicara itu masih mahu melantun
lalu terpadam seketika resah jiwa sang penyair
yang hanyut dalam lubuk paling dalam
dan masih lagi puing-puing di atma jiwa
menahan retak-retak lelangit
dalam tugu yang hampir rebah
dan serpihan kata itu
terus kukutip
lalu kukumpul dalam kantung baldu
untuk kususun nanti bila tiba waktuku
ajarkan aku
kekasih…
No comments:
Post a Comment