Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, February 17, 2013

DDATANG TIDAK DIUNDANG PERGI TIDAK DISURUH

DATANG TIDAK DIUNDANG PERGI TIDAK DISURUH

dalang itu datang,
ambil sekaki payung,
terpacak di hujung tanjung,
awal-awal seperti mahu bersaing,
nafas yang kuat tersendat rapuh seperti ranting,
garang menghurung bayang-bayang pena juang.

tidak pun diundang,
ia datang,
dan baliknya menyongsong,
angan-angan tamadun lampau ulung,
kata orang tua-tua dia bertanah moyang.

dalam kekusutan,
ia mendampingi mimpi-mimpi ngeri,
ungkitkan tamadun berkurun,
nyanyian si pari-pari kisah melerai iri hati,
dan suara pun jadi rusuh meruntun,
adab meniti jambatan budi,
nyamankan diri dari segala kekotoran,
getarnya jantung sedamai denyut nadi.

pergi tidak disuruh,
elehkan hak catatan sejarah,
ronyokkan peta dunia dalam paparan nyata berhujah,
gejala kedatangannya ludah ke langit merona celah,
indah dibatasi padamnya sebuah isi sejarah.

tidak disuruh bertandang ke mari,
ibarat angin meluruh merusuh,
dalam diam ia berlari,
ambil pasir aksi mencurah,
ke dalam periuk anak-anak bistari.

disuruh,
imbangi isi sebuah gembaran kemerdekaan,
sayang yang tidak merubah mengugah indah,
ulangi merindui temasya permulaan,
rimbunkan kasih,
usir usaikan percaturan dan pergolakan,
hadirnya tidak diundang perlulah beralih arah.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Perak Darul Ridzuan.
160213

No comments:

Post a Comment