Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, February 19, 2013

MENCARI KEBENARAN

MENCARI KEBENARAN

Masihkah ada kebenaran
dalam lembah kepalsuan
tanpa ketelusan dan keadilan
integriti mati
amanah rebah
maruah tergadai
pusaka hilang

bertopeng
kerana nama
mendabik wira
pejuang bangsa

pusaka terlepas
bangsa menanggung
gedung ekonomi
kita canang
milik orang

mimpikah aku
atau ini realiti kehidupan
harga sebuah pembangunan
kita terkorban

yahyaisa
Segamat Johor
18022013

No comments:

Post a Comment