RINTIHAN SETINGGAN
Diseru ke kota 70
membina desa Melayu
struktur semula ekonomi baru
merapat jurang penampilan etnik
meredah hutan mengerah keringat
membina penempatan
kini
ganas tanpa simpati
berderai tiang dinding
ranap berkecai
dilanyak jentolak
dinafi hak
merintih sedih
merayu pilu
sendu setinggan
bagai sampah dipunggah
anjing kurap diusir
demi konglomerat
kami merempat
yahyaisa
Segamat Johor
19022013
No comments:
Post a Comment