BAHASAKU
Bahasaku
tidak komersial
tidak ekonomik
tidak ilmiah
jawi dimakam
dikubur tanpa nisan
oleh bangsamu
PPSMI belati tajam
merodok geram
hancur punah
152 lebur
kita jilat ludah penjajah
kita angkat megah
elaun ditambah
pusaka diratah
dibelasah
pejuang bahasa dihina
disekat dihambat
kerana cinta
setia
tidak menggadai maruah
kerana sekelumit upah
cabaran diredah
tidak goyah
bangkit!
yahyaisa
Segamat Johor
14022013
No comments:
Post a Comment