Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, May 1, 2013

~ * JANGAN BUAT TAK TAHU * ~

~ * JANGAN BUAT TAK TAHU * ~
Bekerja sebagai satu pasukan
jangan hanya berehat sakan
tugas masing-masing
telah dibahagi
kenapa masih tak reti-reti

ada yang datang
sekadar menjenguk muka
ada pula hanya nak makan sahaja
cantiknya muka.....

Pandang-pandanglah seketika
di satu sudut yang tekun bekerja
yang korbankan masa buat seketika
menggalas tanggungjawab
dan amanah yang perlu dijaga
janganlah buat tak tahu sahaja...

ZIE 09/04/2013

KEMBALIKAN KECERIAAN WAJAH SENYUMAN

KEMBALIKAN KECERIAAN WAJAH SENYUMAN

Bagai tak mengecap lena
igauan hadir membelai sukma
di dada langit angin malam menyaji
mencari warna langkah tenang

embun hadir mengatur jaluran
membangkitkan wajah bertanya pada siang
usah sembunyikan warnanya
pada jendela kamar terbuka
luka kesiangan biarlah tergenggam
sudah takdir kehidupan
tangisan bukan pengakhiran
murung diri lontarkan

layarkan mewarnai tinta
larutkan hampa hanyutkanlah
di aliran rasa
tenggelamkan sendu lama
biarkan terus melimpah
gugurkan lesu biarkan berlarian
kembalikan wajah keceriaan
dalam senyuman

Eytajms
9/4/13
Taiping

TOKOH-TOKOH

TOKOH-TOKOH

terbit mentari pada usia awal pagi
dan ia selalu hadir
seiringan buana berdiri di atas paksi
tanpa sedikit tercalar
damai setia pada setiap akar janji
merungkai pohon perdu pudar.

semilir angin yang berhembus
seperti pesona
senyumnya terurus
sayang pun kian mendamba
tak putus-putus.

nun di tanjung
sebingkai pelangi bermandi basah diri
membuang setiap bahagian murung ranting
agar kiranya bersih terpuji
tokoh diri menjadi sekaki payung tempat berlindung.

ombak berlari
membawa marah diri
lalu rusuhnya membadai
menghempas sepanjang pantai
pasir pun berubah namun masih setia mencintai
wajah ayu si buah hati.

tokoh-tokoh itu
semua orang telah tahu
sumbangan mereka batu-batu yang tak membisu
masih tetap membidik haluan dan berhala tuju
yang demikian itu selalu bergegas duduk di atas bangku
nilai mereka adalah gugusan harga diri yang menyatu
dalam hela nafas panjang lalu merona membiru.

Bayu
Semporna,Sabah.
090413.

ENGKAUKAH SEORANG PENYAIR

ENGKAUKAH SEORANG PENYAIR

Katamu kau seorang penyair dan aku hanya seorang penulis.

Kau hanya seorang yang mahu berdiri di atas pentas
persis seorang pelawak nakal yang lugut
membaca puisi jiwa-jiwa
dengan gaya dan nadamu, kau cipta sendiri, ber-melankolika
mencari pengaruh anak-anak ikan dalam kaca
lalu si bisu bertepuk tangan
si pekak pula bersorak-sorakan
mereka sangat terhibur dengan pementasan suara-suara senimu.
Kononnya.

Bila akalmu mula rebah di padang seni
mengapa pula hatimu berdiri tak jejak bumi

engkaukah itu seorang penyair?

.
Angah Arie
080413 22:30

Tragedi Hati

Tragedi Hati

Pada setiap kata tertikam di hati
ada tersalut bisa-bisa benci
ada tersembunyi setitis racun iri.

Hati ini kian nazak
mencongak masa untuk mati.

Tabir Khaizuran
0533 09042013
DCA Subang

Di Matamu Ada Pasir

Di Matamu Ada Pasir

matamu tidak tajam lagi
tiada mampu mendebarkan hati
pandangan galakmu
tidak mengundang rinduku
kerana di matamu ada pasir
membuatku naksir
meski berlabuh tangis
yang persis pesimis
tidak akan kulemas
kerana jelas tidak ikhlas.

Embi Estar : 9 April 2013

PERAMPAS

PERAMPAS

Rasa sayu, sedih dan pilu?
Untuk apa harap gembira?
Setelah ragut jiwa?
Setelah sentap rasa?
Setelah rampas bahagia?

Acu dicuba
mendeklamasi yang asli
dan semakin hari
masih tak memahami erti
menerima dan memberi.

Apa yang kita buat, itu yang kita dapat
ibarat hati dilontar ke langit, jatuh kembali dalam diri
seorang kamu, cubalah mengerti.

Seorang aku, berbasa-basi
dalam mencari kekosongan erti.

.
Angah Arie
080413 23:15

RINDU

RINDU

terbanglah duhai burung
bebaskan dirimu dari debu-debu melemaskan..
nikmatilah semahumu kemanisan ciptaan Tuhan..
sementelah berkesempatan..

duhai angin..
selimutilah tubuhku dengan dingin bayumu
agar aku dapat merasakan hadirmu..
titipkan jua rinduku di angin lalu...
pada dia yang tak pernah tahu..

su:080413:10:26pm

Tajuk: Qalbu

Tajuk: Qalbu

Dalam jiwa yang terbuka
rongga-rongga
yang berselerak
kacau...

Dalam jiwa yang tertutup
rongga-rongga
yang berselerak
tenang....

Qalbu itu jernih dan putih
memayung diri.....

penaluka kersani
batu tiga Temerloh pahang
8hb april 2013

Aku hanya insan biasa.

Aku hanya insan biasa.

Maafkan aku
yang sering melukakan hatimu
kerana aku tahu dan aku sedari
diriku ini hanya insan biasa
tidak sempurna
untukku merayu dirimu
untukku merebut kembali cinta sucimu
yang pernah engkau berikan
suatu waktu dahulu
... pernah menjadi milikku.

Aku hanyalah insan biasa.

ss/spl/pm ... 09/04/2013.

Tajuk: V.

Tajuk: V.

V, dalam tidur ada kamu
dalam jaga, juga ada kamu.

V, mungkinkah ada rindu
di hatimu
tatkala kaumenyapa, menyukai komen dariku
di waktu pagi, nazaknya mataku
kian layu.

V, yang pastinya, dalam rinduku ada namamu.

V.

ss/spl/pm ... 09/04/2013.

~Macam~

~Macam~

Macam-macam sedang dianyam
ramai yang jadi tukang sulam
aku pun tak senang duduk diam
hati dan perasaanku turut merenyam
menggeletik macam ulat atas talam

Kedai kopi dah macam pasar borong
meja disambong, kerusi berlaga punggung
teh tarik dah jadi teh lambong
roti canai dah tak cukup tepong
segala macam lalat melagang dengung
kerana takut dikata sombong, aku tumpang secangkung
orang ketawa berdekah, aku melopong
janji perut tak kosong

Sekarang ini macam musim bergotong-royong
sama-sama nak cari untung.

~msa: 080413 sk443~

NTAHAPAPA-NTAH

NTAHAPAPA-NTAH

Dulu masa zaman kanak-kanak, aku teringin nak jadi ULTRAMAN. Sebab apa? Sebab boleh jadi herolah, apa lagikan, boleh selamatkan orang ramai, boleh lawan dengan raksaksa (kononnya macam kuatlah) dan yang paling best boleh 'fire' sana 'fire' sini (sesuka hati aku je nak 'fire' orang kan). Namun aku terpaksa menangguhkan cita-cita aku tu sebab tak sesuai utraman ada kat negara Malaysia ni. Biarlah dia duduk kat jepun je.

Lepas tu aku cuba pula pasang cita-cita nak jadi polis angkasa GABAN. Sebab? Sebab gaban ni nampak real sikit. boleh jadi orang boleh jadi robot polis. yang best tu ada kereta laju dan ada piring terbang. Boleh terbang sesuka hati. Paling aku suka lagunya. hu tangkap leleh beb (senyum). Tak percaya? Cuba korang nyanyi, pasti korang ... (sambung sendiri).
Cita-cita untuk menjadi gaban pun terpaksa aku tangguhkan sebab ramai sangat yang ejek perkataan gaban tu. Gila gabanlah, meng-gabanlah, 'Ntahapapa-ntah'. Tu yang buat apa jadi menyampah. Gaban betullah diorang.

Baru sebentar tadi terdengar lagu utraman dan gaban mengingatkan aku kembali zaman kanak-kanak. yelahkan bak kata buah hati, MEMORI - baru dia post prosa tu semalam. Ni macam rasa nak meng-gaban orang je nih. nak macam ultraman, 'fire' sana sini. kalau yang terkena 'fire' tak tentu hala tu, jangan marah ya. Gurauan hari ini mungkin kasar (senyum).

Aku dalam mood Ntahapapa-ntah.

.
Angah Arie
080413 16:30

~ * KELIRU ~ *

~ * KELIRU ~ *

Bermacam persoalan
bermain di benakku
aku keliru

hati sering tertanya
adakah sesuatu yang mengganggu fikiranmu
namun lidahku kelu untuk menyusun bait bicara
aku keliru
tertanya-tanya
apakah sebenarnya
Walau tidak kau luahkan
di hati kecilku
aku tahu apa yang bermain difikiranmu
namun aku masih keliru
keliru dengan sikapmu

ZIE 08/04/2013

KERANA KUASA

KERANA KUASA

Bumi melontar api benci
kerak menggelegak suhu puncak
lelahar fitnah caci tanpa henti
bunga perpaduan
kian merekah di lembah
siraman kasturi dinafi
hujung lidah basi berduri

kerana kuasa
mereka sanggup berpesta menyula bangsa
menanam dendam di hati nubari
membenci sesama sendiri

kemana hilangnya
kesantunan Melayu terdahulu
berkias madah
menarik rambut tidak putus
tepung tidak berselerak

kerana kuasa
gelap mata
mereka menjaja dusta
hilang pertimbangan kewarasan
kemarau kasih di lembah keangkuhan
mencincang daging
cahketing menggunting

paluan gendang perang
dicanang kencang
pasti ada yang tumbang

yahyaisa
Segamat Johor
08042013

RETORIKA

RETORIKA

Retorika permainan kata-kata
karisme daya pesona
membanjiri pentas siasah
dengan penampilan tersendiri
pujuk rayu dan janji

orang bijak
orang berilmu
bekas pegawai tinggi
atau celebriti

kita terjemah kita teliti
kredibiliti integriti
melalui peti undi

yang menang terbilang
amanah disandang
jangan pincang

jangan tinggal bangsa
jangan abai agama
Melayu bersatu

yahyaisa
Segamat Johor
07042013

SENYUM

SENYUM

senyumlah..
biar tak semanis gula
senyumlah
biar tak seindah rupa
senyumlah
biar apa pun keadaanya
senyumlah..
kerana senyum itu penawar duka
senyumlah..
kerana senyum adalah sedekah
yang tak ternilai HARGANYA...
senyumlah...

su:080413:11:14am

KITA SAMA TAPI BERBEZA

KITA SAMA TAPI BERBEZA

Lenggok kita lenggok berbeza
biar satu ibunda
masih ada ketara nyata
walau satu aliran
terkadang silap dalam memaknai
bukan enggan bertanya
cuba memahami akan artinya
dalam selirat bahasa yang menyimpang makna
namun masih berpegang pada tujuan
biarpun berlainan acuan
tapi tekadnya tetap sama.

Qalam Bertinta
08042013
1245am

HIDUP INI SATU JANJI

HIDUP INI SATU JANJI

Banggakah kita
pada sebuah sejarah
yang songsang dalam ciptaan manusia
membelakangi fitrah
merencana benar dalam dusta
mengharu-birukan yang jelas
tersusun dan termaktub
tika agenda menjadi taruhan.

Mampukah kita tersenyum
sedangkan tangisan disembunyikan
bersendu pilu membungkam rasa
tanpa terpamer semangat yang sembunyi
dalam getar ketakutan
demi satu onar
membunuh semua sifat kemanusiaan
dalam senyap tapi mengerikan.

Kembalilah pada yang hak
kita susun semula tiap rangkap
biar teratur dalam fitrah
megah di luar kesombongan
agar rantaian arti dalam hidup
tidak terputus memecah norma
kerna hidup ini
adalah satu janji.

Qalam Bertinta
07042013
2351pm

Monolog: Adengan terlampau di bilik doktor.

Monolog: Adengan terlampau di bilik doktor.

Doktor: "Ya! apa sakit?"

Pesakit: "Sakit hatilah doktor"

Doktor: "Ai ya! busuk punya orang"

Pesakit: "Apahal pulak doktor cakap saya macam tu???"

Doktor: "Ya...lah, kalau sakit hati lu pergi basuh dengan air wuduk...lah, mana ada ubat itu sakit, kasi basah dengan solat dan doa itu lebih baik maaa"

Pesakit: "Saya rasa sakit di bahagian hati lah doktor"

Doktor: "Lain kali cakap biar terang maaaaaaaa!"

Siapa yang terlampau?

ss/spl/pm ... 08/04/2013.