NTAHAPAPA-NTAH
Dulu masa zaman kanak-kanak, aku teringin nak jadi ULTRAMAN. Sebab apa?
Sebab boleh jadi herolah, apa lagikan, boleh selamatkan orang ramai,
boleh lawan dengan raksaksa (kononnya macam kuatlah) dan yang paling
best boleh 'fire' sana 'fire' sini (sesuka hati aku je nak 'fire' orang
kan). Namun aku terpaksa menangguhkan cita-cita aku tu sebab tak sesuai
utraman ada kat negara Malaysia ni. Biarlah dia duduk kat jepun je.
Lepas tu aku cuba pula pasang cita-cita nak jadi polis angkasa GABAN.
Sebab? Sebab gaban ni nampak real sikit. boleh jadi orang boleh jadi
robot polis. yang best tu ada kereta laju dan ada piring terbang. Boleh
terbang sesuka hati. Paling aku suka lagunya. hu tangkap leleh beb
(senyum). Tak percaya? Cuba korang nyanyi, pasti korang ... (sambung
sendiri).
Cita-cita untuk menjadi gaban pun terpaksa aku tangguhkan
sebab ramai sangat yang ejek perkataan gaban tu. Gila gabanlah,
meng-gabanlah, 'Ntahapapa-ntah'. Tu yang buat apa jadi menyampah. Gaban
betullah diorang.
Baru sebentar tadi terdengar lagu utraman dan
gaban mengingatkan aku kembali zaman kanak-kanak. yelahkan bak kata
buah hati, MEMORI - baru dia post prosa tu semalam. Ni macam rasa nak
meng-gaban orang je nih. nak macam ultraman, 'fire' sana sini. kalau
yang terkena 'fire' tak tentu hala tu, jangan marah ya. Gurauan hari ini
mungkin kasar (senyum).
Aku dalam mood Ntahapapa-ntah.
.
Angah Arie
080413 16:30
No comments:
Post a Comment