Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, November 7, 2013

Wanita Itu

Wanita Itu

Wanita itu
Adalah ibu
Adalah isteri
Adalah kakak
Adalah adik
Adalah anak
Adalah sahabat
Mereka adalah Hawa
Lahir dari tulang rusuk lelaki
Janganlah diapa-apakan
Jangan diperkosa
Jangan didera
Jadikan mereka wanita solehah
Bimbing mereka penuh keimanan
Agar menjadi bidadari di dunia dan di akhirat
Yang bakal dicemburui oleh bidadari di syurga.

Wanita-wanitaku
Tuntuni dirimu dengan penuh kemuliaan
Agar kaubisa menjadi seakan penghulu wanita dunia
Seperti Asiah binti Muzahim isteri Fir’aun
Seperti Maryam binti Imran bonda Isa
Seperti Khadijah binti Khuwalid isteri Rasulullah saw
Fatimah binti Muhammad anak Rasulallah saw.

Embi Estar : 31 Oktober 13

No comments:

Post a Comment