Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, November 7, 2013

TERSEMAI BENIH DUKA

TERSEMAI BENIH DUKA

Sukar untuk kujelaskan
betapa hati kian tersemai benih duka
duka yang dikau taburi
kian hari kian menembusi relung hati.

Setiap detik kunanti
setiap detik kuingati
setiap detik kurindui.
Adakah dikau jua merasai?

Masih terigau bisikan mesramu
kala rindu kian menggebu
tak terlerai rindu di kalbu
ingin kubertemu dalam lena mimpimu.

Tiada jemu kumenanti
bicaramu pengubat hati
walau tersemai duka di hati
rindu yang hadir, tak mampu kuusiri.

ZIE 29/10/2013

No comments:

Post a Comment