Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, November 10, 2013

Tajuk:Hijrah Di Hati

Tajuk:Hijrah Di Hati

Dulunya aku
dalam selimut jahiliah
mencari erti hidup dalam
kekaburan
namun aku tidak jemu
berhijrah fikiran
demi mencari sekalam
hadis Allah.

Kukorbankan waktu
mencari Nur kasih-Mu
Ya Robbi
getar hatiku merasa
nikmat kasih-Mu.

Di hatiku ada hijrah
yang mengubah aku
lebih matang dalam
perjuangan akhirat
kerana
jahiliah telah kukuburkan
bersama hidup yang lama
dan
hijrahku yang baru
menjadikan aku
sebagai insan
yang mulia dan cekal
Amin,
Ya Robbi
Al-Amin.

Ilham Minda,
Precious Hope
05/11/2013

No comments:

Post a Comment