Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 1, 2013

Semangat.

Semangat.

Kerana terlebih bersemangat,
pagi Khamis kuingatkan Jumaat.

Kerana terlebih bersemangat,
tajuk karya kuterlupa buat.

Kerana terlebih bersemangat,
berkain pelekat ke pejabat.

Kerana terlebih bersemangat,
tertunduk malu mukaku kelat.

Kerana terlebih bersemangat,
lain kali aku pasti beringat.

Sazalee Sulaiman ... 24/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment