Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, November 1, 2013

PANTUN LUCU PEPATAH

PANTUN LUCU PEPATAH

Ikan ketuka mati berdiri,
anak memerang berkain labuh;
jangan suka membazirkan bateri,
sudah terang kenapa nak suluh?

Anak ikan dimakan ikan,
ikan kelah terlompat-lompat;
kera di hutan disusukan,
kesian pun biarlah bertempat.

Emak kancil asyik menampi,
lenguh menampi menggigil-gigil;
kecil-kecil cili api,
dah cili api memanglah kecil.

Burung tukang menghayun kapak,
burung unta lihat terlopong;
kuman di seberang boleh nampak,
boleh pinjam mata buat teropong.

Kambing bebiri berkejar-kejaran,
bila lelah balik ke rumah;
sayangkan isteri tangan-tangankan,
siap sedialah jumpa di mahkamah.

Qalam Bertinta
Klang
25102013
1209am

No comments:

Post a Comment