Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 2, 2013

KEJUJURANMU KUHARGAI

KEJUJURANMU KUHARGAI

Nekad, jua tulus bicaramu
saat meluahkan isi hatimu
tersentuh rasa jiwaku
saat kulihat bait bicaramu.

Sedia kumengerti
kuhargai perasaanmu
tiada kumampu menghalangi
kerana hadirnya tanpa disedari.
Namun, kutahu
dikau sedia memahami, jua mengerti
jawapan telah kuberi
tiada pernah kumenyalahi.

Biarlah kita begini
saling menghormati sesama sendiri
bicaramu kusenangi, tiada menyakiti
kufahami apa yang dikau rasai
kejujuranmu kuhargai.

ZIE 27/10/2013

No comments:

Post a Comment