Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 9, 2013

KALAU HUJAN

KALAU HUJAN

kalau hujan di hatimu,
janganlah dikau memilu,
kalau hujan di hatimu,
jangan dikau terlalu sayu,
kerana pada setiap titis hujan itu,
akan menjadikan dikau mengingatiku,
yang telah dikau tinggalkan suatu waktu dahulu,
kalau hujan di hatimu,
kembali dingin seperti salju,
gapailah daku,
seperti dikau menjaga ribuan helai rambutmu,
yang menjerat cinta kasihku.

Bayu.
Mersing,Johor.
021113.

No comments:

Post a Comment