Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 2, 2013

Doa dan Restu

Doa dan Restu

Cikgu doakan kalian
dipermudahkan dalam urusan peperiksaan
tenangkan diri lapangkan fikiran
baca berkali-kali soalan
pastikan apa yang dipersoalkan
rangka dalam menggarap jawapan
jawab dengan keyakinan
bahawa jawapan itu akan bertepatan.

Cikgu restukan
segala ilmu yang telah diajarkan
hadirlah ilham dalam setiap persoalan
bantu anak didikku dalam perjuangan
meneruskan pengajian impian
semoga diberi kekuatan
menempuhi ujian
yang ditunggu penuh debaran
bersama doa dan restu
cikgu-cikgu kalian.

Ke mata pena alirkan debaran
ketakutan titip ke dalam helaian
ayat-ayat sempurna aruskan
dalam bentuk jawapan bertepatan
coretkan gundah pada baris-baris graf
terbina puncak piramid keyakinan diiktiraf
tiada apa lagi yang bisa mengganggu tumpuan
melainkan menulis dengan yakin setiap jawapan.

CNM, 27/10/13, BBBangi.

No comments:

Post a Comment