Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, November 10, 2013

Anak-anakku

Anak-anakku

Hijrah itu
bukan sekadar
ucapan biasa biasa
selamat hari guru
selamat hari raya
selamat hari ibu
dan entah apa apa lagi

hijrah itu bermula
dari akal dan hati
ketinggian penghayatan
amalan perbuatan
ingat
bukan dari mulut
menunjuk-nunjuk
perasaan ujub dan riak

andai subuhmu masih digerak-gerak
di manakah laungan hijrah itu?
Hijrahkanlah akal, minda dan hati kalian
wahai anak-anakku!

Cerita hidup tidak perlu berdegar-degar
Hijrahlah umpama angin
tidak nampak kelibatnya
tapi dapat rasa kehadirannya
Hijrah itu suatu pengorbanan
anak-anakku, sungguh!

Cma
9.21
51113/ 1 Muhharam 1435H

No comments:

Post a Comment