Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 9, 2013

1977..di atas jejambat Chow Kit

1977..di atas jejambat Chow Kit

Mendaki anak tangga satu persatu
ramai pengemis beratur
menadah tangan
koyak rabak, compang camping
kurus kering hodoh comot
berambut keras badan berdaki
kaki berdarah berbau hamis
si buta penjual tisu duduk meneleku
anak gelandangan berlarian
semuanya meloyakan
pelbagai warna kehidupan
terhidang di depan mata

simpati menggunung kuseluk poket
duit bekalan ibu sepuluh ringgit
kurelaikan satu persatu
niat di hati ikhlas memberi
satu, dua, tiga....sepuluh
selesai semuanya

tiba-tiba
tap...dadaku cemas!
duitku kehabisan
terlupa segalanya
ohhhh....tidakkkkk!
tapi itulah yang terjadi
selepas pengemis yang ke sepuluh
akulah pengemis ke sebelas
dapat seringgit dua
aku cabut, lari....

bodohnya aku
akal kanak-kanak
setakat itu termampu
ohhh...Chow Kit.

Cma
9.20 pagi
31113

No comments:

Post a Comment