Followers
Carian Dalam Blog Ini
Sunday, October 28, 2012
AKU BUKAN SESIAPA
AKU BUKAN SESIAPA
Aku bukan suria yang menyinar
aku bukan bumi yang diinjak insani
aku bukanlah gunung yang kukuh berdiri
aku pula bukan keindahan yang disenangi
dan aku pula bukan seseorang untuk dikagumi
namun aku akan berusaha
menjadi sesuatu yang berarti.
Qalam Bertinta
dan aku pula bukan seseorang untuk dikagumi
namun aku akan berusaha
menjadi sesuatu yang berarti.
Qalam Bertinta
Tak Terucapkan
Tak Terucapkan
Andai tak terucapkan
selamat tinggal
usah membiarkan hati
membatu pada pujuk dan rayu
kerana masih bersisa
kasih dan sayang di hatinya...
Usah biarkan
waktu-waktu yang berlalu
pergi tanpa diiringi senyuman
kerana terlau rugi membiarkan diri
terjeruk dalam hal tak membahagiakan
dan di sana kita belum tentu bahagia...
CNM, 28/10/12, 8.24am, THMK
Telah Muncul
Telah Muncul
...telah muncul mentari
di sebalik gunung pasak bumi
membawa cahaya menyinari
...telah muncul mentari
di sebalik gunung pasak bumi
membawa cahaya menyinari
serata alam di tunggu penghuni
ucapkan syukur kepada Ilahi
kita masih diberi satu lagi hari
menikmati kurniaan yang tak terperi
Sesungguhnya Dia maha pemurah lagi maha menyayangi...
Allahuakbar.
CNM, 28/10/12, 8.35am, THM
ucapkan syukur kepada Ilahi
kita masih diberi satu lagi hari
menikmati kurniaan yang tak terperi
Sesungguhnya Dia maha pemurah lagi maha menyayangi...
Allahuakbar.
CNM, 28/10/12, 8.35am, THM
TAJWID CINTAKU YANG BERSERAKAN
TAJWID CINTAKU YANG BERSERAKAN
Aku hanya pelaut malang
yang cuba belayar
meredah lautan badai cintamu
namun karam tika daratan entah ke mana
dan aku cuma musafir lalu
yang hanya ingin menumpang kasihmu
cuba menafsir dengan hukum akalku
tidak kesampaian…bungkam.
Pun aku hanyalah petapa rindu
yang membilang tasbih fikir
ketika butir-butir kaca
mula menitis satu persatu
membeku...jadi kesal
di saat tajwid cintaku
berserakan dalam nada sumbang
biarpun dalam tafakur yang panjang
cuba mengirai rasa yang terhijab
namun kudratku hanya di situ
longlai...kecundang
dan kehilangan.
Dan sejadah cintaku
ratib kesalku masih bersambung!... .
Qalam Bertinta
28102012
0259am
dan aku cuma musafir lalu
yang hanya ingin menumpang kasihmu
cuba menafsir dengan hukum akalku
tidak kesampaian…bungkam.
Pun aku hanyalah petapa rindu
yang membilang tasbih fikir
ketika butir-butir kaca
mula menitis satu persatu
membeku...jadi kesal
di saat tajwid cintaku
berserakan dalam nada sumbang
biarpun dalam tafakur yang panjang
cuba mengirai rasa yang terhijab
namun kudratku hanya di situ
longlai...kecundang
dan kehilangan.
Dan sejadah cintaku
ratib kesalku masih bersambung!... .
Qalam Bertinta
28102012
0259am
~ Runtun Kalbu ~
~ Runtun Kalbu ~
Dulu
tika cinta terindah dalam belaian
mengukir rindu di pelabuhan kasih
melakar rindu di kamar syahdu
tersimpul jua ikatan restu
Dulu
berbisik syahdu
senandungkan lagu kasih
membuai asyiknya rindu
terlena di pangkuan
Dulu
rimbunan pepohonan cinta
dalam genggaman
terkasima daku
dalam dakapan kasihmu
Dulu
saat manis berbicara rindu
mengintai kamar hati
tika kasih sayangmu
menganyam buih-buih cinta
Dulu
di persada kasih dan cinta
kauhulurkan sejambak
bunga-bunga kasih
mekar mewangi di taman hati
Dulu
akulah kekasihmu...
'Runtun Kalbu'...akhirnya terlerai jua duka nestapa
28hb Oktober 2012 Ahad
1.38am
SNQ
tersimpul jua ikatan restu
Dulu
berbisik syahdu
senandungkan lagu kasih
membuai asyiknya rindu
terlena di pangkuan
Dulu
rimbunan pepohonan cinta
dalam genggaman
terkasima daku
dalam dakapan kasihmu
Dulu
saat manis berbicara rindu
mengintai kamar hati
tika kasih sayangmu
menganyam buih-buih cinta
Dulu
di persada kasih dan cinta
kauhulurkan sejambak
bunga-bunga kasih
mekar mewangi di taman hati
Dulu
akulah kekasihmu...
'Runtun Kalbu'...akhirnya terlerai jua duka nestapa
28hb Oktober 2012 Ahad
1.38am
SNQ
PUJANGGA HIBA
PUJANGGA HIBA
Buah minda mengalir lesu
punjangga hiba di pentas rasa
mengintai bait bicara jiwa
menggubah puisi indah
bicara hati nan sunyi
membelek bilah-bilah minda
celahan belukar timbunan gundah
reranting perasaan yang gusar
yang terbakar
Hatinya bertingkah lagi
antara kegelapan dan cahaya
merangkak senja di bibir malam
malam sunyi tanpa rembulan
tiada hiasan bebintang
Kemarau kasih
ketandusan bebenih sayang
bebenih cinta yang rebah
tersungkur
berkubur
dalam gersang sahara
hiba meronta
sayup kedengaran menjengah
bisikan suara halus menyeru kalbu
bangunlah wahai insan yang celaru
usah kecindan perasaan dilayan
angkatlah tanganmu merayu
pada-Nya
di situ ada tenaga
di situ ada kuasa
merubah gersang menjadi bendang
bebenih nikmat yang subur
pada yang bersyukur.
YHI
Segamat Johor
28102012
bicara hati nan sunyi
membelek bilah-bilah minda
celahan belukar timbunan gundah
reranting perasaan yang gusar
yang terbakar
Hatinya bertingkah lagi
antara kegelapan dan cahaya
merangkak senja di bibir malam
malam sunyi tanpa rembulan
tiada hiasan bebintang
Kemarau kasih
ketandusan bebenih sayang
bebenih cinta yang rebah
tersungkur
berkubur
dalam gersang sahara
hiba meronta
sayup kedengaran menjengah
bisikan suara halus menyeru kalbu
bangunlah wahai insan yang celaru
usah kecindan perasaan dilayan
angkatlah tanganmu merayu
pada-Nya
di situ ada tenaga
di situ ada kuasa
merubah gersang menjadi bendang
bebenih nikmat yang subur
pada yang bersyukur.
YHI
Segamat Johor
28102012
Saturday, October 27, 2012
SESAAT DI HUJUNG WAKTU
SESAAT DI HUJUNG WAKTU
Pandanganku jatuh ke belakang sesaat
dari payungku ke atas ribaanmu
melepaskan lelahku di angin lalu
dan aku pun berlalu.
Semoga nanti kita akan bertemu
di hujung waktu.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
Hati Arjuna
22102012 08:54
Semoga nanti kita akan bertemu
di hujung waktu.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
Hati Arjuna
22102012 08:54
Sengketa Bahasa Alam Maya
Sengketa Bahasa Alam Maya
Pepatah ada berkata
tak kenal maka tak cinta
bila dah kenal semakin mesra
seia sekata mudik ke muara,
tapi apakan daya dugaan menerpa
baru bersua sengketa menduga
kukata suka dikatakan mengata
sedangkan lidah tergigit tiada,
pelbagai ragam jenis manusia
ada putih ada hitamnya
bermacam resam adat budaya
mungkinkah pelangi berlainan warna?
Sabor jelah hati, aduhai!.
ss/spl/pm ... 27/10/2012.
tapi apakan daya dugaan menerpa
baru bersua sengketa menduga
kukata suka dikatakan mengata
sedangkan lidah tergigit tiada,
pelbagai ragam jenis manusia
ada putih ada hitamnya
bermacam resam adat budaya
mungkinkah pelangi berlainan warna?
Sabor jelah hati, aduhai!.
ss/spl/pm ... 27/10/2012.
Laut Kasih 232
Laut Kasih 232
dingin malam
bak halwa di antartika
tidak bisa menelan kehangatan
gelora laut kasihku
merindui wangian cintamu...
panas mentari
bak halwa di sahara
tidak bisa meleburkan
bongkah laut kasihku
yang kuukirkan untukmu...
CNM
Kolaborasi puisi di dalam Farmasi RasaHati antara Sazalee Sulaiman dan Yati Syang.
Kolaborasi puisi di dalam Farmasi RasaHati antara Sazalee Sulaiman dan Yati Syang.
Cinta Berpada-Pada
Yati Syang:
Inilah hakikat sebuah cinta
ada rindu ada sayang jua
moga terpaterinya cinta kita
akan abadi sepanjang usia,
bila rindu datang lagi
memaksa diri untuk menyayangi
moga kekal dalam hati
kelak cinta kita cinta hakiki,
Sazalee Sulaiman:
cinta suci di dalam hati
bermakrifat rindu kasih abadi
terbuai resah hilang menyepi
bila diri mula disayangi,
bermahkota indah kalbu asmara
mengikat jiwa gelora tiada
itulah cinta yang amat didamba
bersaksi Allah sebagai Penguasa,
Yati Syang:
bila diri disayangi
terasa dibuainya hati
udah lama diri menyepi
kini cinta menyemarak kembali,
cinta Allah tiada tandingnya
cinta manusia unik rasanya
hatiku indah rasanya
andai itu milikku adanya,
Sazalee Sulaiman:
tepuk dada tanya selera
mekarnya bunga di jambangan jiwa
kasih dan cinta pinjaman yang Esa
bersyukurlah kita seada-adanya,
janganlah pula terlupa kita
kasih sesama insan berpada-pada
kelak terluka tiada tersiksa
tawakal dan zuhud itu mahunya,
biar dunia dalam genggaman kita
jangan kita di genggaman dunia.
ss/spl/pm ...27/10/2012.
Inilah hakikat sebuah cinta
ada rindu ada sayang jua
moga terpaterinya cinta kita
akan abadi sepanjang usia,
bila rindu datang lagi
memaksa diri untuk menyayangi
moga kekal dalam hati
kelak cinta kita cinta hakiki,
Sazalee Sulaiman:
cinta suci di dalam hati
bermakrifat rindu kasih abadi
terbuai resah hilang menyepi
bila diri mula disayangi,
bermahkota indah kalbu asmara
mengikat jiwa gelora tiada
itulah cinta yang amat didamba
bersaksi Allah sebagai Penguasa,
Yati Syang:
bila diri disayangi
terasa dibuainya hati
udah lama diri menyepi
kini cinta menyemarak kembali,
cinta Allah tiada tandingnya
cinta manusia unik rasanya
hatiku indah rasanya
andai itu milikku adanya,
Sazalee Sulaiman:
tepuk dada tanya selera
mekarnya bunga di jambangan jiwa
kasih dan cinta pinjaman yang Esa
bersyukurlah kita seada-adanya,
janganlah pula terlupa kita
kasih sesama insan berpada-pada
kelak terluka tiada tersiksa
tawakal dan zuhud itu mahunya,
biar dunia dalam genggaman kita
jangan kita di genggaman dunia.
ss/spl/pm ...27/10/2012.
ANGIN, SAMPAIKAN PESANKU
ANGIN, SAMPAIKAN PESANKU
Pada angin kukirimkan pesan
sampaikan rinduku padanya
katakan pada dia
di sini rinduku masih ada
setia menunggunya
dan tidak pernah berkurang
walau seinci pun
dan aku tetap setia di sini
hingga ke ujung usiaku
tanpa lelah
tanpa jemu.
Qalam Bertinta
27102012
2011pm
setia menunggunya
dan tidak pernah berkurang
walau seinci pun
dan aku tetap setia di sini
hingga ke ujung usiaku
tanpa lelah
tanpa jemu.
Qalam Bertinta
27102012
2011pm
Biar menjadi Tanda Tanya
Biar menjadi Tanda Tanya
Pulauku muda hutannya dara
cetek airnya berarus tiada
tiada tercemar tangan manusia
tamak haloba berbuat durjana,
akan kujaga sepenuh hati
semuganya ia tidak disakiti
sebagai mana buluh beresmi
kulentur rebung ruas yang asli,
telah kusisip telah kuberpesan
semuga dijaga adab pergaulan
biar berhijab sepanjang zaman
kekasih di hati tetap kusorokkan,
tidak akan aku pamirkan.
ss/spl/pm ... 27/10/2012.
akan kujaga sepenuh hati
semuganya ia tidak disakiti
sebagai mana buluh beresmi
kulentur rebung ruas yang asli,
telah kusisip telah kuberpesan
semuga dijaga adab pergaulan
biar berhijab sepanjang zaman
kekasih di hati tetap kusorokkan,
tidak akan aku pamirkan.
ss/spl/pm ... 27/10/2012.
Senja
Senja
Senja tadi
angin kuat sekali
membawa habuk dedebuan seni
berterbangan di lembah sunyi
masuk di mata,
sakit sekali
meraung,
pedih di hati
terluka,
sembilu berduri
terbangnya ke sana sini
tidak menentu,
haluan yang pasti.
Senja, disakiti.
ss/spl/pm ... 27/10/2012.
masuk di mata,
sakit sekali
meraung,
pedih di hati
terluka,
sembilu berduri
terbangnya ke sana sini
tidak menentu,
haluan yang pasti.
Senja, disakiti.
ss/spl/pm ... 27/10/2012.
~ Nafsu Amarah ~
~ Nafsu Amarah ~
Bertempik, berteriak
mengendong dosa-dosa
kelmarin
membungkam lembah
nafsu amarah
Amalan bersepai
hujah bagaikan ilmiah
takbir berterabur
sendi ranap
runtuh
'Nafsu Amarah'...menguasai diri...
Syahadah...
27hb Oktober 2012 Sabtu
7.17pm
SNQ
nafsu amarah
Amalan bersepai
hujah bagaikan ilmiah
takbir berterabur
sendi ranap
runtuh
'Nafsu Amarah'...menguasai diri...
Syahadah...
27hb Oktober 2012 Sabtu
7.17pm
SNQ
~ Terbang ~
~ Terbang ~
Mereka terbang datang
dan pulang
sedang riang membias sepi
mereke terbang pergi
laman warisan kembali sunyi
aku bermonolog sendiri
tentang putaran realiti
kehidupan silih berganti
Bila malam terbentang
aku jua akan terbang
menerewang ke alam fantasi
mengutip dan menganyam aksara hati
buat selampir puisi
penghibur hati.
~ msa: 27.10.12 sk443 ~
laman warisan kembali sunyi
aku bermonolog sendiri
tentang putaran realiti
kehidupan silih berganti
Bila malam terbentang
aku jua akan terbang
menerewang ke alam fantasi
mengutip dan menganyam aksara hati
buat selampir puisi
penghibur hati.
~ msa: 27.10.12 sk443 ~
Cinta yang terpendam
Cinta yang terpendam
Aku hanya mampu mendengar
namun aku tak mampu bersuara
Aku hanya bisa melihat
namun aku tak mampu meluahkan
Aku hanya mampu merindu
namun tak mampu melafazkan
Aku hanya ingin menyintaimu
tetapi aku tak bisa menyampaikan
hanya kerana
aku takut dengan kehilangan
lalu biarlah
aku terus memendam rasaku
kerana aku tahu
Tuhan selalu mendengar keluhanku
dan percaya
andai dia untukku
pasti dia jua merasakan
getaran dihatiku
Sutra d’Jiwa
Eni 27102012
Aku hanya mampu merindu
namun tak mampu melafazkan
Aku hanya ingin menyintaimu
tetapi aku tak bisa menyampaikan
hanya kerana
aku takut dengan kehilangan
lalu biarlah
aku terus memendam rasaku
kerana aku tahu
Tuhan selalu mendengar keluhanku
dan percaya
andai dia untukku
pasti dia jua merasakan
getaran dihatiku
Sutra d’Jiwa
Eni 27102012
Subscribe to:
Posts (Atom)



