Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 1, 2013

~Monolog Telefon Bimbit~

"Ish!
Mamat ni
main hempas-hempas pula
tak reti nak letak perlahan-lahan
memang perangai buruk
menyesal aku.

Ish!
Minah ni
main campak-campak pula
tak reti nak simpan elok-elok
memang perangai teruk
menyampah aku.

Jangan ingat
aku tak ada perasaan
main terjah tekan-tekan
aku yang tolong kalian
kalau tak meroyan seharian".

~Monolog Telefon Bimbit~

CNM, 22/10/13

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Kenapa alam ini bulat?
Allah jadikan supaya kita lihat
paduan unsur alam sangat hebat
saling berkait rapat
jadi kita contohi alam sejagat
kena ada muafakat
baharu manusia kuat
tiada musibat
bukan asyik saling menyagat
menunjuk siapa lagi berdarjat
selagi ada titik karat
nescaya tak selamat dunia akhirat
mari sucikan niat.

CNM, 22/10/13, BBBangi.

BICARA YANG DIRINDU

BICARA YANG DIRINDU

Dingin bayu berhembus
hembusan dingin menyapa damai
merdu kicauan burung
bertingkah riang sahut-sahutan
bagai berbalas pantun warisan
wangian Mawar Merah
haruman mawar
menambahkan kedamaian.

Sayu rasa hatiku
terkenang dikau nun di sana
rindu rasa hatiku
pada bicaramu yang membisik
terngiang di jiwaku, hatipun terusik.

Saban waktu kumenanti detik
detik dikau memulai bicara
bicara rindumu yang kurindu.

ZIE 22/10/2013

WAHAI KASIH

WAHAI KASIH

Saat ini
waktu telah terlelap sepi
biarpun kau masih di sini
menilik serpihan hati
menangisi
lalu berderailah sangsi
yang berkarat di sudut hati

antara benar dan cinta yang menari
dalam raut kilasan memori
hayati
biarpun rindumu tak berperi
segarnya bak kasturi
antara mawar dan duri
hanya kami

Norlidar Lidon
22.10.2013

MAMPUKAH AKU

MAMPUKAH AKU

Mampukah aku
meluahkan setiap yang terpendam
dan kusimpan sekian lamanya?
walau hati meronta untuk meluahkan
tetap jua kucuba menghalanginya.

Ada hati yang perlu dijaga, perlu di hormati
walau hati sakit dilukai
walau perit dirasai
tetap jua dilalui
tetap jua diharungi.

Hanya pada-MU YA ALLAH
kubermohon, moga dapat kuakhiri
semua ini.
Bimbang aku bimbang
andai aku tak punya
kekuatan untuk melaluinya lagi.
Mampukah aku...

ZIE 22/10/2013

Sang Arjuna

Sang Arjuna

Bicara
padamu mungkin gurauan
pada dia tersalah sangka
nanti tak mampu kaujernih suasana
dia pergi entah ke mana

Dek masa
tak mampu diundur
jaga tutur
jaga tingkah kata
terjaga sekeping raga

CNM, 21/10/13

ENGKAU BUKAN UNTUKKU

ENGKAU BUKAN UNTUKKU

Kenangan itu sentiasa ada
kerana di setiap helaan nafasnya
kita pernah bersama
dalam hembusan yang satu
melakar tinta suka dan duka
biarpun jarang berbicara
namun antara kita telah lama mengerti
ada cinta yang telah terbina
ada rindu yang datang menyapa
dan kita jatuh dalam asyiknya asmara.

Kita telah mencuba
membina pelamin nyata
untuk bersama duduk di atasnya
dengan siraman aroma cinta
yang kita adun
dalam rasa yang sama
namun kecundang
bila jarak mencipta alasan.

Kini
kuselak helai demi helai
akan setiap lembarannya
dan di helaian terakhirnya
kutemui satu jawapan

...engkau tercipta bukan untukku.

Qalam Bertinta
Klang
21102013
2151pm

INGIN TAHU II

INGIN TAHU II

Dia
di situ
memerhatikan saja
entah apa difikirnya
entah apa mahunya
kubiarkan saja

daku tak tahu apa-apa
berbaik sangka sahaja
tak pening kepala

Norlidar Bint Lidon, Kuala Lumpur
21.10.2013

~♥ Ciptaan-Nya ♥~

~♥ Ciptaan-Nya ♥~

Sang rembulan yang menyinari malam
menggantikan kandil ketika dikau beradu
sang bintang berkerdipan
memberi isyarat kata-kata cinta
antara dikau dan aku
usah dikau memisahkan
antara rembulan dan bintang
yang menjadikan keindahan malam
nikmatilah ciptaan-Nya
yang Maha Kuasa
atas segala alam

~ Nukilan Pena Ilhamku - 21/10/2013

TELAGA ILHAMKU KONTANG

TELAGA ILHAMKU KONTANG

Kujengah telaga ilham
nun jauh ke dalam
…gelap
lalu kujatuhkan timba fikir
…kontang
suaranya bergema
…kosong
dan di pinggirnya
kain basahan kugantung
…kering.

Daun-daun getah berserakan
sehelainya kukutip
…layu
kembali kujengah telaga ilham
masih kontang
dan aku tenggelam di dalamnya.

Qalam Bertinta
Klang
21102013
1225pm

Aku tidak peduli.

Aku tidak peduli.

Aku tidak peduli
walau puisiku dipandang sepi
yang penting aku menulis dari hati.

Aku tidak peduli
kalau puisiku disalah erti
kerana bahasaku bahasa sepi.

Aku tidak peduli
walau aku tidak disanjungi
kerana aku tetap ada harga diri.

Aku tidak peduli
Bagaimana? Apa? Siapa?
yang penting aku menulis
kerana itulah keinginanku.

Aku tidak peduli
kerana sejak azali
beginilah caraku meluahkan rasa hati
maupun menyembunyikan
kisah yang tersurat.

Cahaya Laila
21 Okt 2013
Klang Selangor

Kalau sudah terpaksa.

Kalau sudah terpaksa.

Durianku yang sebatang
daun-daun mengering
patah ranting
dahan merekah
akar terbongkah
enggan berbuah

Kubaja
kusiram
kubelai
pagi petang

Masih layu

Esoknya
dusun durian tersenyum padaku
malu-malu

Padin Majid
Junjong, Kulim, Kedah
21.10.13

KURA KURA PERAHU

KURA KURA PERAHU

kura-kura di dalam perahu,
dilepas larinya tidaklah laju;
pura-pura tidak tahu,
ia merusuh tak malu-malu.

Bayu.
Segamat,Johor.
201013.

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

Bermimpi?
tak salah bermimpi
lagi pun bagus berimaginasi
tentang apa yang diimpi
dari situ boleh pasang strategi
kenali diri
kekuatan dikaji
kelemahan diselidiki
apa peluang yang dimiliki
apa halangan yang merentangi
jadi atur perancangan rapi
tentu tak rugi
daya imaginasi perlu tinggi
menjangka situasi
dalam usaha memajukan potensi
selamat berimaginasi.

CNM, 21/10/13, BBBangi.

~♥ Kubur Cinta ~♥

~♥ Kubur Cinta ~♥

Taburkanlah pacai di atas keranda cinta
dan bersemadikan dengan nota berirama
siramilah dengan air mawar kasih di kubur jiwa
mewangikan asmara antara kita
dengan memanjikan nisan tertera
dua insan yang merindukan selamanya

Yang terkubur selama ini
tidak bererti mati
yang terhenti selama ini
tidak bererti lemas
yang merindui selama ini
tidak bereti alpa
yang dipanji selama ini
memegang dengan eratnya
menanti masa menentukan semuanya

~ Nukilan Pena Ilhamku - 21/10/2013

EPIK GURUN

EPIK GURUN

Epilog terbungkam di lembah gurun
Padang pasir yang tandus
Indahnya memamah santun
Kemudin menjadi senaskah nota perjudis

Gurun yang berhujan pupus
Unggun apinya kehilangan bara
Rimbun rumit epiknya menjerlus
Ulangi musim lama berkemarau waja
Nyeri di bahu berkaca basah di mata.

Bayu.
Segamat,Johor.
201013

Malam Minggu

Malam Minggu

Bagai malam tak bertamu
ramai yang merambu
di bawah sinar lampu
hiruk pikuk ke hilir ke hulu
sedang esok kerja menunggu

Aku biasalah di ruang tamu
kejap lagi melabuh kelambu
rehatkan diri di sisi ratu
esok bertenaga padu
jalan tugas kongsi ilmu

Kamu, ya kamu
buat apa tu?
ek! Tentu baca puisiku
hik! hik! Buat tak tahu
selamat malam tetamu.

CNM, 20/10/13, BBBangi.

DAKU MENULIS PUISI

DAKU MENULIS PUISI

daku menulis bait-bait kata puisi,
bukan kerana nama yang diberi;
daku menulis bait-bait kata puisi,
cumalah sebagai tip memaklumi;
siaran warta kisah dalam jati diri,
puisiku jeratnya menambat hati.

Bayu.
Semporna,Sabah.
230913.

Kalendar 2014

Kalendar 2014

Mak Ayah
Ibu Abah
Mummy Daddy
Mama Papa
nah! Kalendar 2014
rancanglah cuti
beri masa berkualiti
untuk keluarga sendiri
ketepikan kerja sesekali
moga kebahagiaan dimiliki.

CNM, 20/10/13

MANAKALA

MANAKALA

manakala hujan turun,
pelangi pun menyimbah warna,
berperdu di simpang jalan,
di atasnya langit merah warna .

manakala senja berlabuh,
di ufuk barat,
cahaya mentari pun pecah,
hilang di arah kiblat sepantas kilat.

manakala bilal meluah hujah,
azan pun berlintas langsung membingit jagat,
kita wajiblah mengabdi diri di hadapan Allah,
berdoa dan memohon ampun selagi merai hayat.

Bayu.
Istana Budaya Kuala Lumpur.
120312.