Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, May 1, 2013

WARISAN KITA

WARISAN KITA

Kita punya warisan
khazanah temurun
penuh seni
penuh arti.

Kita punya warisan
kebanggaan bangsa
yang menjulangkan nama
gah, di persada dunia.

Kita punya warisan
yang halus lagi berseni
dalam masyarakat harmoni
dan membentuk sahsiah diri.

Kita punya warisan
yang mencetak budaya
bukan sekadar di sisi negara
tapi juga di mercu antarabangsa.

Ayuh
pertahankan warisan kita
kerana tanpa kita
warisan akan menuju ke persemadian.

Qalam Bertinta
04042013
2111pm

Laut Kasih 255


...andaiku mampu
mencanting pada kelir hatimu
akan kulukis siratan ranting kasih
berdaunkan rindu
berbungakan cinta
agar semerbak wangian bahagia
mengharum taman hatimu...

CNM

KEMAAFAN (1)

KEMAAFAN (1)

Kata dia:
Kejahatan jika di balas dengan kejahatan, itu adalah dendam.
Kebaikan jika di balas dengan kebaikan, itu adalah perkara biasa.
Kebaikan jika di balas dengan kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah perkara yang mulia dan terpuji.

Kata saya:
Secara teori, apa yang awak katakan nampak amat mudah.
Namun secara praktikal, ianya bukan sesenang membaca a,b,c. Adakala ianya bergantung kepada betapa besar dan beratnya kesalahan tersebut.

Amat sukar rasanya untuk membesarkan hati menghulur kemaafan, membalas kejahatan dengan kebaikan apabila kita pernah merasa terseksa, maruah tercabar, ego dipijak lumat akibat dari perbuatan seseorang itu.

Bagaimana hendak memaafkan seandainya melihat wajah orang tersebut saja rasa marah meluap kembali? Luka semalam terbuka kembali seraya racunnya menjalar ke segenap pembuluh darah? Perlukah diri menjadi hipokrit, mulut memaafkan waima hati sebenarnya tidak?

Mampukah?

-LM/HN04042013-

Tuesday, April 16, 2013

BUNTING GAJAH

BUNTING GAJAH

Bunting gajahkah ini
pertanyaan demi pertanyaan
tanpa jawapan pasti
khalayak menanti resah
tidak pernah terjadi dalam sejarah
mengandung terlalu lama

jiran-jiran mula berbisik
mungkinkah terlanggar pantang
sumpahan moyang Demang

menanti lahir putera harapan
bidan-bidan mula cemas
kalut mengatur persiapan
kerana dialah bakal pewaris
teraju masa depan

adakah mesra korporat
atau
mesra rakyat?

yahyaisa
Segamat Johor
01042013

NIHIL

NIHIL

Kosong.
Lohong.
Lompong.
Hati nian ...

Kencong.

.
Angah Arie
310313 23:13

SALAHKAH AKU

SALAHKAH AKU

salahkah aku
kalau ingin menjadi seperti detektif conan
menyiasat dalam diam
bukan nak cari kesilapan
tapi merungkai kebenaran...

salahkah aku
kalau ingin menjadi seperti doraemon
bertindak penuh santun
jarang sekali mengelamun
bukan seperti nobita
bertindak ikut suka
yang akhirnya doraemon juga yang kena...

salahkah aku
sesekali ingin menjadi seperti sincan
suka memeningkan kepala orang
biarpun yang di buat tak pernah betul
ibu dan ayah tetap di belakang sokong...
salahkah aku..

su:31/03/13:0444

MAAFKAN AKU

MAAFKAN AKU

maafkan aku
andai diri ini telah mengecewakan mu
di dalam sedar atau tidak
di dalam tawa atau tangis..

maafkan aku
andai rindu yang bertamu tidak ku sedari
seperti rintik-rintik hujan membasahi bumi
sejuk dan mendamaikan hati
sedang engkau sepi menyendiri...

maafkan aku
kerana mengabaikan mu
bukan niat menyakiti hati
cuma aku tak mahu kau kecewa
dengan perasaan yang kau cipta
yang akhirnya membuatkan kau terluka...
maafkan aku...

su:31/03/13:0145pm

~♥ Panjian cinta ♥~

~♥ Panjian cinta ♥~

Setiap langkahku yang nyata
seharum semerbak berbunga cinta
tidak mengira apa meraka berkata
inilah aku tanpa berbicara
dengan senyuman membalas tidak mengira
Alhadiat yang menentukan semua
bukan lafasan di bibir sahaja
berikrar lidah disaksikan semua
bukan hanya indah berbicara
namun panjian cinta hingga ke pintu syurga

Nagam Nukilan Pena Ilhamku ~ Kota Singa ~ 31/03/2013

Sajak: Peminpin.

Sajak: Peminpin.

Pemimpin
kaudisanjungi
tinggi,
kaudipandang
tinggi,
kaudihormati
juga dengan kehormatan
tinggi.

Pemimpin yang baik
akan menjadi idola hati
arahan diberi
akan cuba direalisasi.

Pemimpin yang dayus
pengecut
tidak akan digeruni
hanya dipandang sepi.

Pemimpin perasan
menganggap dirinya bagus
akan menjadi bahan lawak
ditertawai
badut
gelaran yang diberi.

Pemimpin yang rakus
tamak, haloba
pemimpin sebegini tidak diingini
hanya pentingkan diri sendiri
mengamalkan kroni
tembolok keluarga yang dibajai.

Pemimpin
ingatlah!
Harapan rakyat mandat diberi
pilihanraya pangkah diberi
janganlah nanti
kautidak membalasnya kembali.

Kepada rakyat
jangan ditanya apa yang negara beri
tapi tanyalah diri
apa yang telah kita beri
itulah laungan
yang sering dihasuti.

Tetapi pemimpin juga harus mengerti!
Jangan ditanya apa yang rakyat beri
tapi tanyalah diri kamu sendiri
apakah yang telah kamu beri
kepada rakyat
yang telah memberikan undi.

Ingatlah wahai pemimpin
mandat telah pun kami beri
harapan kami jangan kaupandang sepi
fikirlah sedalam-dalamnya lagi
sekali mandat diberi
tidak bermakna akan selamanya mandat diberi
seandainya, harapan rakyat kautolak tepi.

Fahamilah wahai pemimpin, kita semua berkongsi pertiwi.

ss/spl/pm ... 01/04/2013.

Belajarlah Lagi.

Belajarlah Lagi.

Tarian apa yang engkau tarikan ini
irama dan lenggok badan tiada serasi
hilang tempo dan kiraan perapi
sumbang menyakitkan mata, menyakitkan hati.

Caca bukan, tanggo bukan, samba lagilah bukan
tarian inang lagilah ... jauh sekali
ikut sesuka hati perut engkau sahaja.

"Pi balik, belajaq lagi"

"Next! ... "

ss/spl/pm ... 01/04/2013.

Orkestra Alam Maya.

Orkestra Alam Maya.

Mari sini, aku nak bercerita sikit
tentang lagu dan irama
melodinya entah ke mana
suaranya sengau
sumbang, mendatar ditala

korus, hampeh! Lintang pukang
bagai ayam dan itik berdendang sayang.

Penat ... lantak kaulah!

ss/spl/pm ... 01/04/2013.

Setitik Nista.

Setitik Nista.

Setitik hujan menimpa kepala
mendatangkan selsema
demam durjana, tubuh meronta
panas bersengketa

inikan pula setitik nista
dari kata-kata yang tercela
akan diingat

... selama-lamanya.

Pengalaman mematangkan kita.

ss/spl/pm ... 31/03/2013.

Hijab Jendela.

Hijab Jendela.

Telah terkuak jendela senja
koyak tirainya bertampal perca
cuba membela rahsia hijabnya
walau jendela luas terbuka.

Jendela terbuka camar menerpa
mencari mangsa berhijab rahsia
di waktu senja berona jingga
berkalam malam kelam durjana.

Durjana bernoda ganda bertimpa
mencarik sekam kekulit rasa
camar menerpa membawa nista
senja merindu bulan purnama.

Fahamkah si dia maksud bicara.

ss/spl/pm ... 31/03/2013.

Lamunanku Terhenti.

Sajak: Lamunanku Terhenti.

Azan subuh menyapa lamunanku
pagi tadi
saat suria mula terbit dari ufuk timur
membangkitkan jiwa yang terleka
bermandikan wuduk di tubuh dan minda
segar terasa, tak ingin terlena.

Lelah yang terkumpul
lesap, bingkas hilangnya
tatkala tawaduk menyelubungi jiwa
dipayungi kesyukuran
diberi lagi sesaat dari waktu-waktu-Nya
untuk aku, bernyawa.

Dan lamunanku terhenti di sana
ketika aku berdiri
tegar, berkiam tangan di dada
qunut bergema di jiwa
mengikut rukun solat terjaga
merapat, meluruskan saf.

Lamunanku terhenti tidak rela dikutuk-Nya.

ss/spl/pm ... 31/03/2013.

RASA HATI

RASA HATI

Membaling batu ke dalam sungai
jatuh tenggelam jauh ke dasar.
Hilang.

Membaling epal ke dinding konkrit
pecah bersepai jadi serpihan.
Punah.

Membaling hati ke langit tinggi
jatuh kembali ke dalam diri.
Lesu.

Harus bagaimana lagi, melontar rasa ini?

-LN/HN 31032013-

MALAM BURAMKU

MALAM BURAMKU

Telah kita tapaki warna-warna cinta
dengan seribu janji terpateri kemas
melalui kompromi hati yang ikhlas
lalu kita daki gunung dan bukit
menuruni lurah dan gaung
mencari laman indah bagi sebuah istana
dan kita sebenarnya
telahpun melakar rindu yang basah
sarat dengan diksi dan aksara
terlahir dalam bait yang panjang
mengadun benih kasih dan sayang.

Kini
dalam ketiadaan isyarat pasti
kau tiba-tiba menjelmakan pusingan U
membiarkan diri ini meneruskan perjalanan
tanpa bimbingan tangan yang dijanjikan
nyatanya kaukembali jua kepadanya
dan senja itu setianya bersamaku
mengambangi malam-malamku yang buram.

Embi Estar - 31313

BILA

BILA

Belum jumpa?
kenapa?
belum masa?
bila
sedang kira..
untuk apa?
cari tenaga
sengit
pasti
kalau begitu...

yhi
30032013

Berparut



...selaut air mata tangis
tak mampu mengubah tragis
luka yang telah terguris
kekal berparut tak terkikis
hentikan titis
bersikap optimis
setiap sesuatu ada manis...

CNM, 30/3/13

Usahlah Takut Pada Bayangan Kekecewaan.

Usahlah Takut Pada Bayangan Kekecewaan.

Perlu memerlukan adalah lumrah kehidupan
setiap makhluk yang bernyawa perlukan pasangan
untuk berkasih-kasihan, untuk meluahkan rasa kesepian
untuk berkongsi kehidupan di alam pernikahan.

Jadi usahlah takut untuk meluahkan perasaan.

ss/spl/pm ... 30/03/2013.

Amanat Buat Kakak

Amanat Buat Kakak

telah kami terima
hadirmu dulu
penyeri hidup
membawa bahagia
menguat kasih sayang cinta...

telah kami sedaya upaya
beri kamu ruang dan masa
membantu apa yang ada
capai jaya
demi kehidupan di hari muka...

telah kamu bawa pulang
separuh kejayaan
teruskan berjuang
teruskan kecemerlangan
dalam mencari redha Tuhan...

ibu abah amanatkan
andai kami pergi dulu
bahawa adik itu
menjadi tanggungjawab kamu
membela sebagai mana abah ibu...

sesungguhnya adik amanah buat kita dari Yang Satu.

CNM, 30/3/13